Euforia Bola 2026
Famili

“Dia Nikah Dengan Orang Lain”- Cinta Ditolak Punca Warga Emas Tak Kahwin-Kahwin, Hidup Gelandangan

tidak berkahwin

“Jika tidak dengan mu maka, tidak dengan sesiapa pun”. Itulah antara ayat yang sering digunakan buat mereka yang patah hati akibat cinta ditolak atau ditinggalkan. Malah, ada yang memilih untuk tidak berkahwin sehingga ke hari tua gara-gara cinta yang tidak berbalas ini.

Seperti perkongsian kisah yang tular di laman media sosial ini apabila seorang warga emas berusia 83 tahun dikatakan tidak kahwin-kahwin kerana masih tidak boleh ‘move on’ dengan rasa ‘sakit’ cintanya ditolak…

Baca juga: Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri, Rupanya Mas Kahwin Janda & Anak Dara Ada Sedikit Beza!

CINTA DITOLAK PUNCA TIDAK BERKAHWIN SEHINGGA USIA EMAS

tidak berkahwin

Foto: Sinar Harian

Menurut kisah yang dikongsikan oleh Sinar Harian, seorang warga emas bernama Che Ahmad Dollah, 83 tahun, memilih untuk hidup bujang selepas kecewa cintanya ditolak wanita ketika mereka berusia belasan tahun. Sangat memedihkan hatinya apabila tindakan wanita berkenaan yang memilih berkahwin dengan jejaka lain menyebabkan warga emas itu menanggung kekecewaan dan membawa diri sehingga ke hari ini.

“Dia nikoh dengan orang lain..frust,” ujar Che Ahmad apabila ditanya mengenai kenapa tidak berkahwin.

Berasal dari Temangan, Machang, pakcik ini menghabiskan sisa hidupnya sebagai gelandangan dengan menumpang tidur di masjid-masjid sekitar Kota Bharu. Anak bongsu dari 5 adik-beradik ini mengambil upah sebagai pencuci pinggan mangkuk di ekdai-kedai makan untuk wang harian bagi mencari sesuap nasi.

Tidak mempunyai sebarang penyakit serius walaupun berusia, namun akibat terjatuh dalam bilik air baru-baru ini, warga emas berkenaan terpaksa menggunakan tongkat kerana patah tulang pahan kanan.

Kini, dia dikurniakan rezeki apabila dapat tinggal di sebuah bangsal yang dibina oleh seorang individu berhati mulia bernama Hafiz Ibrahim, berdekatan dengan kubur arwah kakaknya. Walaupun hanya bangsal tapi sudah cukup dan bersyukur mempunyai tempat untuk berteduh dan memberitahu kepada orang sekeliling bahawa jika dia meninggal dunia kelak, diminta akan dikebumikan juga berdekatan dengan kubur arwah kakaknya itu.

Ujarnya lagi, qalaupun tidak mempunyai saudara mara yang rapat dan ada bersama di saat susah, ini merupakan pilihannya dan dia tenang hidup dengan cara sebegini.

@sinarharianonlineCinta ditolak punca tak kahwin-kahwin Seorang warga emas, Che Ahmad Dollah, 83, memilih untuk hidup bujang selepas kecewa cintanya ditolak wanita ketika berusia belasan tahun, lapor wartawan Sinar Harian Hazelen Liana Kamarudin. Tindakan wanita berkenaan yang memilih berkahwin dengan jejaka lain menyebabkan warga emas itu tidak dapat menanggung kekecewaan dan membawa diri sehingga ke hari ini. Muzik: Sad Day dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Cintaditolak #Kecewa #kahwin #bujang♬ original sound – Sinar Harian

*Semoga pakcik Che Ahmad kekal sihat dan tabah dalam segala ujian yang dihadapi. Benarlah kata orang, lelaki kalau yang terlampau setia, dia akan setia sehingga akhir nyawanya..

Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

Sumber: Tiktok Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×