Euforia Bola 2026
Nur

Pandangan Islam Bila Kanak-Kanak Terpengaruh Dengan Video Ganas, Ini Penjelasan Hukum

PERMAINAN VIDEO

Baru-baru ini media melaporkan satu kes yang mengemparkan Malaysia apabila seorang abang sanggup berlakuan ganas kerana terpengaruh dengan permainan video.

Perkara ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan dan menjelaskan mengenai hukum bertindak sedemikian akibat permainan video.

Baca juga: Doa Sebelum Anak Pergi Sekolah, Jangan Lupa Amalkan Doa Ini Jadi Pelindung Diri Sepanjang Hari…

HUKUM MAIN PERMAINAN VIDEO SEHINGGA MEMUDARATKAN ORANG LAIN

PERMAINAN VIDEO

Freepik

Permainan video yang mendorong kepada perlakuan ganas, terutamanya bagi golongan yang mudah terpengaruh seperti kanak-kanak dan remaja, adalah haram dimainkan. Oleh itu, ia perlu dikawal serta diawasi agar tidak menimbulkan kemudaratan terhadap diri sendiri mahupun orang lain.

Secara asasnya, hukum bermain permainan video adalah harus kerana tiada dalil yang mengharamkannya secara jelas. Prinsip umum dalam hukum Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara kekal harus selagi tiada bukti yang menunjukkan pengharamannya.

Kaedah fiqh menyebut:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Maksudnya: “Hukum asal segala sesuatu (yang bermanfaat) adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ke atas pengharamannya.”

Namun, hukum tersebut boleh berubah menjadi makruh atau haram apabila permainan video itu membawa kesan negatif seperti melalaikan daripada tanggungjawab, membuang masa, serta menimbulkan mudarat kepada diri dan masyarakat. Permainan yang mengandungi unsur keganasan misalnya boleh menjejaskan pemikiran, menghasut tingkah laku agresif, dan membentuk ketagihan.

Individu yang tidak mempunyai kawalan emosi dan kekuatan iman yang mantap, khususnya kanak-kanak serta remaja, lebih mudah terpengaruh dengan unsur negatif ini. Keadaan sedemikian boleh membawa kepada pelanggaran maqasid syariah seperti hifz al-nafs (memelihara nyawa) dan hifz al-‘aql (memelihara akal).

PERMAINAN VIDEO

Freepik

Berdasarkan kaedah fiqh:

مَا ‌يَقْطَعُ ‌بِتَوْصِيلِهِ ‌إلَى ‌الْحَرَامِ ‌فَهُوَ ‌حَرَامٌ

Maksudnya: “Apa yang pasti membawa kepada perkara haram, maka hukumnya juga adalah haram.”

Ini bermakna, jika permainan video tersebut secara kuat boleh mendorong kepada tindakan ganas atau pelanggaran moral, maka hukum bermainnya menjadi haram. Namun, hukum ini tertakluk kepada keadaan dan tahap pengaruh terhadap individu, selaras dengan kaedah.

Permainan video yang mengandungi unsur ganas terbukti memberi kesan terhadap emosi dan sosial pemain, terutama bagi usia muda. Ia boleh menyebabkan kehilangan empati, penggunaan bahasa kasar serta peningkatan tingkah laku agresif.

Kerajaan juga kini sedang meneliti langkah kawal selia permainan video dalam talian bagi memastikan elemen berunsur ganas dan tidak bermoral dapat dibendung. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyokong penuh usaha ini bagi melindungi kesejahteraan psikologi dan akhlak kanak-kanak serta remaja di negara ini.

Baca juga: 11 Golongan Ini Diharamkan Cium Bau Syurga, Ramai Tak Sangka Rupanya Selalu Berlaku Dalam Hidup

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×