Lelaki mati pucuk sering berdepan dilema apabila ingin mendirikan rumah tangga. Persoalan yang timbul ialah, adakah mereka dibenarkan berkahwin jika masalah ini telah dimaklumkan kepada pasangan dan pasangan pula tetap bersetuju untuk meneruskan perkahwinan?
Baca juga: Dek Perangai Taksub Selebriti, Sanggup Doa Perkara Tak Baik Pada Perkahwinan Orang, Ini Hukumnya!
PERKAHWINAN LELAKI MATI PUCUK

Gambar hiasan Google.
Mati pucuk bermaksud ketidakupayaan untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar bagi tujuan hubungan kelamin. Antara punca utama termasuklah masalah kesihatan mental, penyakit kronik seperti kegagalan hati atau buah pinggang, kesan ubat-ubatan, atau penyakit saraf.
Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:
“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat).” (Riwayat al-Bukhari 5065, Muslim 3466)
Para ulama menjelaskan, “mampu” bukan hanya dari segi nafkah zahir, tetapi juga kemampuan untuk melakukan hubungan suami isteri.
Aib dalam pernikahan
Ulama menyenaraikan tujuh aib dalam pernikahan iaitu gila, kusta, sopak, zakar tidak boleh membesar, hasyafah terpotong, faraj tersumbat dengan daging dan faraj terhalang dengan tulang (Lihat al-Mu’tamad, 4/96). Jika aib tersebut menghalang persetubuhan, maka ia boleh menjadi sebab untuk isteri menuntut fasakh.
Aib ini boleh dibahagi kepada dua:
- Aib menghalang persetubuhan seperti zakar terputus, mati pucuk, faraj tersumbat oleh tulang atau daging.
- Aib yang tidak menghalang persetubuhan seperti penyakit yang menjijikkan atau mengundang bahaya seperti sopak, kusta dan gila.
Namun, jika isteri reda dan menerima keadaan suami yang mati pucuk, maka perkahwinan tetap sah dan tidak menjadi masalah. Walau begitu, si suami tetap wajib berusaha merawat dirinya kerana nafkah batin termasuk tanggungjawab terhadap isteri.
Baca juga: Anak Penyanyi Popular Beri Kenyataan “Buka Tudung Rasa Lagi Dekat Dengan Allah,” Ini Jawapan UAI!
Rawatan disyorkan
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, antara rawatan yang boleh membantu termasuk:
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok, menjaga berat badan dan mengawal stres.
- Mendapatkan rawatan doktor seperti ubat-ubatan, suntikan atau prosedur implant tertentu.
Kesimpulan
Secara ringkas, hukum lelaki mati pucuk berkahwin adalah makruh sekiranya kelemahannya tidak dirawat. Tetapi jika pasangan reda dengan kekurangan tersebut, perkahwinan boleh diteruskan.
Apa yang penting, usaha rawatan perlu dilakukan kerana nafkah zahir dan batin adalah kewajipan seorang suami.
Baca juga: Pengebumian Jenazah Muslim Dibantu Saudara Bukan Islam, Apa Ia Dibolehkan? Ini Jawapan Mufti!
Sumber: Maktabah Al Bakri
FT Image: Google
