Euforia Bola 2026
Famili

Budak Lelaki 19 Bulan Tiba-Tiba Hilang Sejak Malam Tadi, Pintu Pagar Rumah Terbuka…

BUDAK HILANG

Kes budak hilang semakin membimbangkan dan terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan.

Difahamkan, ketika kejadian, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai,

Baca juga: Peguam Dedah Kisah Sebenar Pergaduhan Antara Ibu & Cikgu, Rupanya Ada ‘Plot Twist’?

KES BUDAK HILANG: KALI INI KANAK-KANAK LELAKI USIA 19 BULAN

BUDAK HILANG

Sinar Harian

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asmadi Ariffin menjelaskan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.02 malam.

Mereka bergegas ke lokasi kejadian yang sejauh 26 kilometer dan tiba pada jam 8.49 malam. Kanak-kanak tersebut dipercayai hilang di sekitar kawasan kampung tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai oleh penduduk kampung telah dijalankan, namun gagal menemukan sebarang jejak,” jelasnya.

Menurut ibu saudaranya, Azean Irdawati Ramley, 44, sebelum kejadian, Hud berada di dalam rumah dan diberi makan oleh ibunya sebelum wanita itu masuk ke dapur sebaik selesai menyuap nasi kepada anak tunggalnya itu.

“Kebetulan juga seorang saudara datang ke rumah dan ketika berbual, dia bertanyakan di mana Hud, selepas itu barulah kami menyedari Hud hilang.

“Ibunya mendapati pintu pagar rumah turut terbuka dan keadaan semakin kecoh dengan pencarian dibuat di sekitar parit di hadapan rumah serta hutan sekitar,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya turut mendapatkan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu usaha mencari.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga hari ini dan diharapkan ada khabar gembira mengenai berita budak hilang ini.

Baca juga: Aplikasi Untuk Anak Belajar Ini Ada Selit Unsur Lucah, Ramai Yang Dah ‘Download’!

Sumber: Sinar Harian & Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×