Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Guna Alat Bantuan Sek* Ketika Bersama Untuk Kepuasan Maksima. Ini Hukumnya…

HUBUNGAN INTIM

Bergelar suami isteri pasti hubungan intim dilakukan demi menguatkan lagi cinta. Namun, terdapat tanda tanya mengenai hukum sekiranya hubungan kelamin tersebut menggunakan alat bantuan seks.

Penggunaan alat bantuan seks ketika hubungan intim dilakukan adalah untuk memberi kepuasan maksima kepada dua-dua pihak. Penjelasan lanjut mengenai perkara ini dijelaskan di bawah.

Baca juga: Tambah Amalan Dengan Niat Bangun 4 Pagi, Tunaikan Lima Solat Sunat Ini

HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI GUNA ALAT BANTUAN SEKS

HUBUNGAN INTIM

“Bolehkah menggunakan alat bantuan seks seperti zakar tiruan dalam hubungan intim suami isteri, supaya kami sama-sama dapat kepuasan maksima?”

Allah SWT berfirman:

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ

Maksudnya: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu.”

Ini bermakna seluruh tubuh isteri boleh ‘dinikmati’ ketika melakukan hubungan seksual kecuali pada bahagian dubur. Berdasarkan riwayat daripada Khuzaimah bin Thabit R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ لَا يَسْتَحِيي مِنَ الْحَقِّ فَلَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran, maka janganlah kamu mendatangi isteri pada dubur mereka.”

Berbalik pada soalan di atas, penggunaan alat bantuan seks bagi tujuan hubungan intim suami isteri adalah diharuskan selagi mana tidak memudaratkan dan tidak bernajis.

Perkara ini adalah selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-69.

Walau bagaimanapun, sekiranya alat bantuan seks tersebut digunakan sehingga melibatkan penetrasi dan penembusan di dubur, maka hukumnya adalah diharamkan.

Penggunaan alat bantuan seks juga perlu dijaga dengan betul kerana ia boleh meningkat risiko penyakit seperti di bawah:

  • Sifilis
  • Herpes
  • Chlamydia
  • Shigella
  • Bacterial vaginosis
  • Hepatitis B
  • Hepatitis C
  • HIV and AIDS
  • Berlaku kerengsaan pada alat sulit

Kesimpulannya, pasangan suami isteri diharuskan untuk menggunakan alat bantuan seks ketika melakukan hubungan intim selagi mana tidak memudaratkan kedua-dua pihak.

Anda juga diharuskan untuk bermain-main secara seksual menggunakan mulut atau lain-lain dengan syarat tidak membawa kepada masalah kesihatan diri kedua-dua pihak.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Kaum Wanita Baca dan Amalkan Doa Ini, Elak Jadi Mangsa Jenayah Rogol

Sumber: Laman Web Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×