Euforia Bola 2026
Nur

Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 2025 Pada 7 Jun (Sabtu) Depan

hari raya aidiladha

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M pada 10 Zulhijjah Sabtu 7 Jun. Pengumuman itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman sebentar tadi.

Dalam pengumuman tersebut, Mohd Aseral menyatakan bahawa 1 Zulhijjah 1446 Hijrah akan bermula 29 Mei 2025 (Jumaat).

Baca juga: Kalau Selalu Rasa Seram Sejuk Dalam Rumah Sendiri, Amalkan Ayat Batal Sihir Ini Untuk ‘Lawan’!

TARIKH HARI RAYA AIDILADHA 2025 JATUH PADA

HARI RAYA AIDILADHA

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah ialah pada hari Jumaat, 29 Mei 2025 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi. Sekian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan dengan memakai baju melayu berwarna hijau selepas sesi pencerapan dijalankan di pada petang Selasa.

Aidiladha, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, merupakan salah satu perayaan utama yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Perayaan ini memperingati peristiwa besar pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup melaksanakan perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya sebagai tanda ketaatan yang tidak berbelah bahagi.

Pada hari yang mulia ini, umat Islam yang berkemampuan akan menunaikan ibadah korban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kambing, atau unta.

Daging korban tersebut kemudiannya akan diagihkan kepada golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan, sebagai tanda kepedulian dan solidariti dalam komuniti.

Baca juga: Senarai Tarikh Penting Dalam Bulan Zulhijjah 2025, Jangan Ada Yang Terlepas Pandang!

Sumber: Buletin Utama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×