Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Anak Murid Kelas ‘Belakang’ Hadiahkan Motosikal, Momen Cikgu Hidupkan Enjin Buat Ramai Sebak

guru sekolah

Seorang guru sekolah menengah tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila menerima kejutan luar biasa daripada bekas anak muridnya sempena hari persaraan.

Momen yang dirakam dan dikongsikan di media sosial itu bukan sahaja mencuri perhatian, malah mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.

Baca juga: Bukan Sekadar Jiran, Pak Cik Cina Prihatin Tanda Tangan ‘Report Card’ Anak Jiran Bangsa India..Siap Bayar Yuran PIBG

GURU SEKOLAH TERIMA HADIAH KEJUTAN DI HARI PERSARAAN

guru sekolah

Menerusi video dimuat naik di TikTok oleh pengguna @Zdserai36, Zainol Ramli yang juga Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Pokok Sena, Kedah, kelihatan berdiri di hadapan pentas sebelum sebuah motosikal dibawa masuk sebagai hadiah istimewa.

Lima bekas pelajar turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Salah seorang daripada mereka tampil menyerahkan kunci motosikal kepada cikgu kesayangan mereka sebelum beliau menghidupkan enjin sebagai gimik menerima hadiah berkenaan.

Baca juga: “Dah Lama Craving…”- Kakak Sempat Tunaikan, Puding Karamel Jadi Permintaan Terakhir Sebelum Adik ‘Pergi’ Keesokannya

“Rupa-rupanya benci tandanya sayang”

Dalam kapsyen perkongsian itu, bekas pelajar berkenaan meluahkan penghargaan terhadap insan yang banyak membimbing mereka ketika di bangku sekolah.

“Rezeki Ramadan, cikgu yang sangat prihatin terhadap kebajikan anak-anak Nakarian (pelajar SMK Naka). Hari ini anak murid kelas ‘belakang’ hadiahkan motosikal baharu buat cikgu kesayangan mereka,” jelas kapsyen tersebut.

Menurutnya lagi, di sebalik ketegasan seorang pendidik, tersembunyi kasih sayang yang tidak pernah putus.

“Rupa-rupanya benci tandanya sayang. Tahun lepas cikgu ini yang selalu ziarah cakna ke rumah depa (mereka) saat mereka belum matang. Seorang guru yang tidak pernah berputus asa dalam memastikan murid hadir ke sekolah,” jelasnya lagi.

Ketika ada suara yang mengecam dan mempersoalkan pendekatan beliau, cikgu tersebut tetap teguh menjalankan tanggungjawabnya.

“Saat dikecam orang sekeliling, guru ini hadir dengan pelbagai intervensi memastikan semua pelajar hadir dan menduduki SPM,” tulisnya lagi.

Selain memastikan kehadiran pelajar, Zainol juga dikatakan aktif mencari penaja demi menjadikan persekitaran sekolah lebih selesa dan ceria untuk warga sekolah.

“Seorang guru tidak pernah berkira dengan anak murid dan rakan sekerja. Alhamdulillah di hari persaraannya, anak murid kelas belakang hadir memberi hadiah kejutan motosikal baharu,” ujar @Zdserai36.

Baca juga: [VIDEO] 7 Pemuda Gadai Nyawa Selamatkan Ibu & 2 Anak Kecil Di Tasik Biru, Anwar Ibrahim Ucap Tahniah!

guru sekolah

“Motosikal ini dia akan banggakan sampai akhir hayat”

Perkongsian video itu dihujani pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang tersentuh melihat penghargaan bekas pelajar terhadap guru mereka.

“Percayalah, motosikal ini nampak biasa dekat mata kita. Tapi pada mata cikgu, ini adalah satu benda yang dia akan banggakan sampai akhir hayat dia,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi mengingatkan agar masyarakat tidak memandang rendah pelajar kelas tercorot.

“Walaupun kelas ‘belakang’, ada yang ke depan yang kita tak tahu. Semua rahsia Allah SWT. Jadi jangan hina pelajar kelas ‘belakang’,” komen pengguna lain.

Semoga murid yang ikhlas hadiahkan cikgu berjaya di dunia dan akhirat. Awak menunjukkan awak seorang yang sangat baik. Walaupun seorang guru tidak pernah inginkan apa-apa selain melihat kejayaan anak muridnya,” tulis seorang lagi pengguna.

Hakikatnya, seorang guru tidak pernah menuntut balasan atas segala usaha dan pengorbanan. Namun apabila jasa dikenang dengan cara sebegini, ia menjadi bukti bahawa didikan penuh sabar dan kasih sayang pasti meninggalkan kesan mendalam dalam hati anak murid.

@zdserai9336 Selamat bersara @CIKGU NON KOLA NERANG ..Rezeki Ramadan ..Cikgu yg sgt prihatin terhadap kebajikan ank2 Nakarian..Hari ini anak murid kelas Belakang hadiah kan motor baru buat cg kesayangan mereka..Rupanya benci tandanya syg.. Tahun LPs cg ni yg slalu ziarah cakna ke rumah depa saat mereka belum matang .. Seorang guru yang Xpernah Bputus Asa dalam memastikan murid hadir ke Sekolah .. Saat dikecam oleh orang sekeliling guru ini hadir dgn pelbagai intervensi memastikan semua pelajar hadir dan menduduki SPM .. Guru ini yg banyak menabur jasa dan mencari penaja dalam memastikan keadaan Sekolah selesa dan ceria utk dihuni oleh warga Nakarian.. Seorang guru yg Xpernah Berkira dengan anak murid dan rakan sekerjaa..Alhamdullilah dihari persaraan nya ank@Murid kelas Belakang hadir memberi hadiah suprise Motor baru.. Kami pulak yg terharu.. #fyp #fypシ゚viral #xyz #guru #suprise ♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦

Sumber: TikTok @Zdserai36

FT Image: TikTok @Zdserai36

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×