Euforia Bola 2026
Rakyat

Harga Petrol RON97 & Diesel Naik 7 Sen! Tapi Masih Lebih Murah Berbanding… – Kementerian Kewangan

harga ron97

Bermula 19 hingga 25 Jun 2025, harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing mencatat kenaikan sebanyak tujuh sen. Ini menjadikan harga RON97 RM3.14 dan Diesel RM2.81 seliter.

Wah! Nampaknya makin naik harga dan netizen pun meluahkan rasa ‘sesak’ walaupun jarang-jarang menggunakan minyak jenis ini berdasarkan jenis pemilikan kenderaan.

Baca juga: Senarai 30+ Jenis Ikan & Buah Kena SST 5% Bermula 1 Julai, Epal & Ikan Kembung Pun Jadi ‘Mewah’!

HARGA RON97 DAN DIESEL NAIK LAGI!

harga ron97

Foto: BERNAMA

Dalam laporan berita, Kementerian Kewangan memaklumkan, kenaikan ini selari dengan peningkatan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa, yang terus mencatat trend mendatar menaik sejak kebelakangan ini.

Meskipun terdapat peningkatan harga diesel minggu ini, kerajaan menegaskan bahawa harga semasa masih lebih rendah berbanding ketika ia diapungkan pada 10 Jun 2024, iaitu RM3.35 seliter. Ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan untuk mengawal impak kenaikan global kepada rakyat tempatan.

RON95 kekal stabil, Sabah & Sarawak tidak terjejas

harga ron97

Foto: freepik

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 dikekalkan pada paras RM2.05 seliter, tanpa sebarang perubahan. Bagi pengguna di Sabah, Sarawak dan Labuan, mereka boleh menarik nafas lega kerana harga diesel di negeri-negeri tersebut masih kekal pada kadar RM2.15 seliter kerana peningkatan ini hanya di Semenanjung.

“Kerajaan akan terus memantau pergerakan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan rakyat tidak terjejas,” kata kenyataan tersebut.

Langkah pemantauan ini sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memastikan kestabilan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang paling terkesan dengan sebarang kenaikan harga bahan api.

Baca juga: “Fokus Kerja, Bukan FYP”- Penjawat Awam TAK BOLEH Main Tiktok Atau Facebook Semasa Bertugas

Sumber: Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×