Euforia Bola 2026
Rakyat

Harga Emas Cecah RM645.85 Segram Hari Ini, Capai Paras Tertinggi & Pecah Rekod!

harga emas meningkat

Harga emas meningkat dan mencatat paras hampir tertinggi hari ini, hampir menembusi AS$4,500 (+-RM20,475) satu auns, didorong oleh kelemahan dolar Anerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan meningkatkan permintaan terhadap aset selamat.

Baca juga: Kelantan Umum Lesen Mendulang Emas RM100 Setahun, Permohonan Bermula Januari 2026

HARGA EMAS MENINGKAT, TERTINGGI RM645.85 SEGRAM

HARGA EMAS MENINGKAT

Freepik

Spot emas meningkat 0.9 peratus kepada AS$4,486.34 satu auns (RM645.85 segram), selepas mencatat rekod AS$4,497.55 lebih awal dalam sesi dagangan. Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Februari naik 1.1 peratus kepada AS$4,518.90.

“Jangkaan terhadap Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih ‘dovish’, ketidakpastian pasaran terhadap dolar AS, ketegangan geopolitik, serta pembelian oleh bank pusat… semua faktor ini mengekalkan minat pelabur terhadap emas pada tahap sangat tinggi,” kata Carlo Alberto De Casa, penganalisis dari kumpulan perbankan Swissquote.

Dolar AS mengekalkan trend penurunan untuk hari kedua berturut-turut, dan berada di landasan mencatat kejatuhan tahunan terbesar sejak 2017.

Dalam perkembangan geopolitik, Presiden AS, Donald Trump, minggu lalu mengarahkan sekatan terhadap semua kapal tangki minyak dari Venezuela, sambil tidak menolak kemungkinan konflik ketenteraan. Kejadian ini menambah ketidaktentuan pasaran global, sekali gus meningkatkan minat pelabur terhadap logam berharga sebagai aset selamat.

HARGA EMAS MENINGKAT

Freepik

Pasaran kini turut mengambil kira dua kemungkinan pemotongan kadar faedah pada 2026, selepas laporan mengenai cadangan Trump menamakan pengerusi Fed baharu awal tahun depan memperkukuh jangkaan dasar monetari yang ‘dovish’.

Harga jongkong emas melonjak lebih 70 peratus tahun ini, menunjukkan pelabur terus mencari perlindungan di tengah-tengah ketegangan global dan kadar faedah yang lebih rendah.

Spot perak turut meningkat 0.9 peratus kepada AS$69.63 satu auns, selepas menyentuh paras tertinggi rekod AS$69.98 lebih awal.

Logam putih itu meningkat 141 peratus sejak awal tahun, disokong oleh kekurangan bekalan, permintaan industri yang kukuh, dan aliran masuk pelaburan.

“Kedua-dua emas dan perak terus menarik minat belian yang kuat. Tingkah laku ini menunjukkan bahawa paras AS$4,500 dan AS$70 bukan sekadar had keras, tetapi titik rujukan dalam aliran berterusan, sekaligus mengekalkan sokongan kukuh bagi kedua-dua logam pada masa ini,” kata Ahmad Assiri, ahli strategi penyelidikan di Pepperstone.

Baca juga: [TERKINI] Dividen ASB Tahun 2025 Kekal 5.75 Sen Seunit, Manfaat 11.4 Juta Pemegang Unit

Sumber: Reuters

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×