Euforia Bola 2026
Didik

Minyak Angin Gantikan Bunga, Cikgu BM Terima Hadiah Hari Guru Paling ‘Win’ & Berguna!

hadiah hari guru

Sempena sambutan Hari Guru yang sering dihiasi dengan pemberian bunga dan pen sebagai simbol penghargaan, seorang guru Bahasa Melayu menerima kejutan hadiah Hari Guru yang cukup unik iaitu sebotol minyak angin cap kapak daripada muridnya.

Hadiah yang ‘rare’ itu bukan sahaja mencuit hati, malah menjadi tular di media sosial apabila dikongsikan oleh guru berkenaan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi lucu dan positif dalam kalangan netizen.

Baca lagi: Cikgu Dah Banyak Dapat Mug? Boleh Cuba Idea Hadiah Hari Guru Bajet INI Tapi ‘Touching’ Habis!

Hadiah Hari Guru Paling Unik, Cikgu Bahasa Melayu Terima Minyak Angin

hadiah hari guru

Seorang guru bernama Fatin Nur Farhana Ruslan, yang telah mengajar selama empat tahun, menyifatkan pemberian tersebut sebagai sesuatu yang cukup istimewa sepanjang perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru. Tambah mengejutkan, video pendek yang dikongsikannya di TikTok tentang hadiah itu mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai komen lucu serta positif daripada pengguna media sosial.

“Rakaman itu sebenarnya dibuat tahun lepas, tetapi saya baru muat naik sempena Hari Guru pada 16 Mei, Jumaat ini. Saya rasa ia boleh beri inspirasi kepada murid dan ibu bapa untuk fikirkan idea hadiah yang lebih kreatif dan berbeza,” ujar Fatin.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan seorang murid lelaki berbangsa Cina dengan selamba menyerahkan minyak angin cap kapak kepada gurunya sebagai tanda penghargaan. Gelagat spontannya mencuit hati ramai, malah ada yang menyatakan hadiah seperti itu sangat berguna terutama buat guru yang sering penat berdiri dan bercakap sepanjang hari.

SEMUA GURU PUN DAPAT

hadiah hari guru

Foto hiasan.

Menurut Fatin, bukan dirinya sahaja yang menerima hadiah minyak angin tersebut. Rupa-rupanya, semua guru yang mengajar murid itu turut menerima hadiah yang sama.

“Saya maklumkan kepada murid itu bahawa videonya telah tular, dan dia begitu gembira! Dia beritahu, tahun ini dia bercadang untuk beri hadiah yang sama, cuma jenama minyak angin sahaja yang berbeza. Malah dia siap rancang nak rakam video baru lagi,” katanya sambil ketawa kecil.

Walaupun kelihatan ringkas, Fatin mengakui hadiah seperti itu amat praktikal dan dihargai oleh para guru.

Mengakhiri perbualan, Fatin turut mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik dan berharap sambutan ini terus menyemarakkan semangat mengajar dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.

Baca juga: 19 Aplikasi AI WAJIB Untuk Pelajar & Guru ‘Save’ Supaya Mudahkan Tugas, Jadi Lebih Kreatif!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×