Euforia Bola 2026
Famili

Guru Wanita Maut Dalam Nahas Jalan Raya, Ketika Perjalanan Ke Rumah Pengasuh Anak…

GURU WANITA MAUT

Seorang guru wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumah pengasuh anaknya di Kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti–Parit Sikom, semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu melibatkan kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa dan sebuah lori Isuzu berwarna putih yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.

Baca juga: “Risau Orang Marah”- Azza Elite Elak Hadir Jemputan ‘Open House’ Demi Keselesaan & Emosi Anak Autisme

GURU WANITA MAUT DALAM PERJALANAN KE RUMAH PENGASUH

GURU WANITA MAUT

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain, mangsa dikenali sebagai Jamaliah Aris, 37, yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Pontian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lori berkenaan disita bagi tujuan siasatan lanjut dan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati keputusan negatif, katanya.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa keluar dari simpang Parit Basilam sebelum bertembung dengan lori berkenaan.

GURU WANITA MAUT

Mangsa mengalami kecederaan serius dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.

Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, namun telah ditahan bagi membantu siasatan, manakala kenderaan turut disita.

Ujian saringan air kencing ke atas pemandu lori didapati negatif. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Pejabat Trafik IPD Pontian atau menghubungi Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-2090396 bagi membantu siasatan.

Baca juga: Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi Kini Dibuka! Tawar Terapi Berterusan, Ibu Bapa Boleh Mula Daftar Anak

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×