Euforia Bola 2026
Didik

Gara-Gara Tak Puas Hati Rambut Digunting, Guru Disiplin Cedera Ditumbuk Sekumpulan Pelajar!

guru disiplin

Seorang guru disiplin dilaporkan mengalami kecederaan selepas dipercayai diserang sekumpulan pelajar dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar, Perak pada semalam.

Insiden yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati beberapa pelajar selepas rambut mereka digunting oleh guru lelaki berkenaan ketika menjalankan tugas disiplin di sekolah.

Baca juga: Tiada Lagi Urusan Di Kaunter Bayaran Caruman Mulai Julai 2026, KWSP Umum Tutup Seluruh Malaysia

GURU DISIPLIN CEDERA, DIDAKWA DISERANG SEKUMPULAN PELAJAR

GURU DISIPLIN

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah memaklumkan bahawa pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, maklumat berkaitan insiden itu masih dalam semakan dan pihak berkuasa pendidikan sedang menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihan perkara sebelum sebarang kenyataan rasmi dibuat.

“Saya belum menerima maklumat secara sahih dan masih menunggu laporan daripada pihak JPN berkaitan kejadian ini. Semakan lanjut sedang dilakukan bagi menentukan kesahihan kejadian berkenaan sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Kecemerlangan Pendidikan Simulasi Haji Gen Alpha peringkat Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Masjid Sultan Yussuf Izzudin Shah.

GURU DISIPLIN

Dalam pada itu, Datuk Khairuddin menegaskan sekiranya kejadian tersebut benar berlaku, tindakan sedemikian merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam institusi pendidikan.

Katanya, guru bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu, malah menjadi individu yang membimbing dan membentuk sahsiah pelajar.

Beliau turut menyifatkan guru sebagai seorang murabbi yang memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda, sekali gus mengingatkan agar sebarang permasalahan diselesaikan melalui saluran yang betul.

Pihak berkaitan kini sedang meneliti laporan lanjut sebelum tindakan seterusnya diambil berhubung kejadian tersebut.

Baca juga: Suami Buat Jadual KPI Bulanan Untuk Isteri, Warganet Kecam Layan Pasangan Macam Orang Gaji!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×