Euforia Bola 2026
Famili

“Abang Suruh Simbah”- Kanak-Kanak 5 Tahun Hampir Dibuli Di Masjid, Baju Disimbah Air & Nyaris Ditendang

gejala buli

Gejala buli dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan apabila kes-kes yang berlaku bukan sahaja kerap berulang, malah semakin berani walaupun pelbagai langkah pencegahan telah diambil.

Terbaharu, kisah seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang hampir menjadi mangsa buli di sebuah masjid tular di media sosial, sekali gus mencetuskan kemarahan dan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan anak-anak di tempat awam.

Baca juga: “Hancur Hati Mummy..”- Murid Menangis Dikepung 4 Guru, Kena Tengking & Dituduh Penipu Di Kantin Sekolah

Anak Kecil Terlibat Gejala Buli Disimbah Air Manis, Hampir Ditendang Sekumpulan Kanak-Kanak

gejala buli

Seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu mendedahkan pengalaman yang mendebarkan apabila anak lelakinya yang baru berusia lima tahun hampir menjadi mangsa buli sekumpulan kanak-kanak lain.

Menurut perkongsian dalam aplikasi Threads, @adibahyasak_, kejadian berlaku pada 1 Jun lalu ketika keluarganya berkunjung ke sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Affan, anaknya yang berusia lima tahun, dipercayai disimbah dengan air manis berwarna merah oleh sekumpulan budak lelaki, malah nyaris ditendang ketika sedang memakai kasut.

Dilakukan Oleh Kanak-Kanak Lebih Tua, Ikut Arahan ‘Abang’

Difahamkan, kejadian itu melibatkan kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun di mana, lebih tua dari anaknya sendiri.

“Budak-budak besar umur 10 hingga 12 tahun simbah air manis dekat Affan yang baru 5 tahun. Mula-mula tak perasan, bila panggil Affan baru sedar bajunya merah. Memang rasa sangat marah,” tulis Adibah.

“Budak-budak tu terus lari bila nampak saya panggil Affan. Masa tu Affan tengah pakai kasut, dan ada yang cuba nak sepak dia. Bagi saya, ini bukan gurauan – ini cubaan buli,” tambahnya, sambil memaklumkan kejadian berlaku ketika waktu solat Maghrib di Masjid Hasanah, Bangi.

Adibah turut memaklumkan bahawa dia berjaya menahan salah seorang kanak-kanak yang terlibat. Menurutnya, budak itu mengaku dia hanya menurut arahan ‘abang’ untuk menyimbah air kepada Affan. Walaupun bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan serius, Adibah menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan perbuatan itu sehingga pelaku tampil memohon maaf kepada anaknya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai di media sosial, dengan lebih 15,000 bacaan dan turut dikongsikan ke laman Facebook Adibah. Netizen rata-ratanya berang dan kecewa dengan tindakan sekumpulan kanak-kanak itu terhadap Affan malah ada yang mencadangkan agar ibu ini mendapatkan rakaman CCTV atau menularkan insiden tersebut ke dalam kumpulan Facebook komuniti setempat bagi mengenal pasti pelaku.

Namun, Adibah memilih untuk tidak berbuat demikian kerana tiada bukti video atau gambar. Sebilangan netizen turut menyuarakan kebimbangan bahawa jika insiden ini tidak ditangani dengan serius, pelaku mungkin akan mengulangi perbuatan mereka terhadap kanak-kanak lain.

“Puan, saya sokong cari budak tu sampai dapat dan bagi nasihat, sebab budak-budak ni kadang rasa benda macam ni kelakar padahal tidak!” kata lagi seorang netizen.

gejala buli

*Diharapkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang membuli ini ambil tindakan segera dalam mendidik anak-anak supaya tidak ‘kurang ajar’ dengan ibu bapa mereka sendiri pula.

Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×