Euforia Bola 2026
Rakyat

Gaji RM1,700 Tiba-Tiba Jadi RM17,000! Lelaki Ini Pilih Pulangkan Semula Wang Kepada Bank Raih Pujian Ramai

transaksi bank

Dalam situasi di mana ramai mungkin menggunakan wang yang tiba-tiba masuk ke dalam akaun akibat kesilapan transaksi bank, seorang lelaki memilih untuk melakukan perkara yang sebaliknya.

Perkongsian mengenai tindakan jujurnya itu mencuri perhatian selepas dia mendedahkan bagaimana kesilapan transaksi bank hampir menyebabkan dirinya menerima gaji sekitar RM17,000, sedangkan gaji sebenar hanyalah kira-kira RM1,700.

Baca juga: Bukan Sebab Pengotor Semata-Mata! Ini Punca Sebenar Wanita Lebih Mudah Kena Kencing Kotor

GAJI RM1,700 JADI RM 17,000 AKIBAT KESILAPAN TRANSAKSI BANK

transaksi bank

Foto: NST

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ryan Yong berkata kejadian itu berlaku pada tahun 2004 ketika dia bekerja di sebuah taman tema di Malaysia.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati terdapat lebihan satu sifar pada jumlah gaji yang dikreditkan ke akaun banknya.

Pada mulanya, Ryan menyangka dirinya tersilap melihat baki akaun. Dia kemudian menyemak baki tersebut beberapa kali kerana sukar mempercayai jumlah wang yang diterima.

“Saya memeriksa baki akaun berkali-kali sebelum berkata kepada diri sendiri, ‘Ini bukan duit saya’.

Terus Pulangkan Wang Kesilapan Transaksi Bank Keesokan Harinya

Tanpa berfikir panjang, Ryan mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut kepada pihak bank pada keesokan harinya.

Keesokan harinya saya terus ke bank dan memulangkan setiap sen wang itu,” katanya.

Ryan menyangka perkara itu selesai selepas wang berkenaan dipulangkan.

Namun, pada keesokan harinya dia menerima panggilan daripada seorang pegawai bank wanita yang menangis sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.

Kesilapan Satu Sifar Hampir Jejaskan Masa Depan Pegawai Bank

Menurut Ryan, pegawai tersebut mengakui dia tersilap menambah satu sifar ketika memproses transaksi pembayaran gaji sehingga menyebabkan sebanyak RM15,698 terlebih dikreditkan ke akaunnya.

Ryan berkata, jika dia memilih untuk berdiam diri atau menggunakan wang tersebut, pegawai berkenaan mungkin terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Jika saya tidak memulangkan wang itu, dia mungkin terpaksa menanggung kerugian tersebut sendiri. Ketika itu, gaji seorang pegawai bank sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Wang yang saya pulangkan hampir menyamai pendapatan setahun.

Katanya, ketika itu barulah dia benar-benar menyedari bahawa tindakannya bukan sekadar memulangkan wang yang bukan miliknya, malah mungkin telah menyelamatkan kerjaya serta masa depan individu tersebut.

Terima Surat Penghargaan Daripada AmBank

transaksi bank

Foto: Facebook Ryan Yong

Beberapa hari selepas insiden itu, Ryan menerima sepucuk surat penghargaan daripada AmBank bertarikh 6 Februari 2004.

Surat tersebut memuji kejujuran serta integritinya kerana memulangkan wang sebanyak RM15,698 yang terlebih dikreditkan ke akaunnya.

Menurut Ryan, surat berkenaan masih disimpan sehingga hari ini sebagai peringatan bahawa melakukan perkara yang betul, walaupun tiada siapa melihat, merupakan sesuatu yang sangat bernilai.

Perkongsiannya turut mendapat perhatian ramai yang memuji sikap jujur dan amanahnya, selain menyifatkan tindakan tersebut sebagai contoh teladan yang wajar dicontohi masyarakat.

Baca juga: Tragedi Pilu! Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun Didakwa Diperkosa, Dicampak Hidup-Hidup Ke Dalam Kolam

Sumber: Facebook Ryan Yong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×