Euforia Bola 2026
Famili

Sertai Kempen ‘Furever Friends’ & Haiwan Anda Boleh Jadi Bintang ‘Billboard’ Di Sekitar KL!

FUREVER FRIENDS

Pencinta haiwan di luar sana berpeluang menonjolkan haiwan peliharaan tersayang anda di platform media sosial dan papan iklan digital sekitar ibu kota menerusi kempen ‘Furever Friends’ anjuran SAYS, dengan kerjasama JUICE, Fly FM, dan Lumi News.

Dalam kempen ini, rakyat Malaysia digalakkan menghantar gambar haiwan kesayangan mereka sama ada berbulu, bersisik, bersayap mahupun eksotik bersama kapsyen ringkas yang menceritakan apa erti mereka dalam kehidupan seharian.

Baca juga: Nak Teman Bulu Baru? Jom Temui & Adopsi Kucing Comel Di Kempen ‘Furever Friends’!

KEMPEN FUREVER FRIENDS, HANTAR GAMBAR HAIWAN KESAYANGAN ANDA

FUREVER FRIENDS

Kempen ini berlangsung hingga 30 September dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebajikan haiwan serta menggalakkan budaya prihatin, kasih sayang, dan pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

Kempen ini turut disokong oleh organisasi kebajikan haiwan ternama seperti A Dog’s Life, PAWS, SPCA Selangor, dan TNRM Malaysia.

Dengan kes penderaan haiwan yang semakin membimbangkan, kempen ini membawa mesej bahawa setiap haiwan sama ada di rumah, pusat perlindungan atau di jalanan berhak disayangi, dihormati dan dilindungi.

Cara menyertai kempen Furever Friends ini adalah:

– Layari SAYS.com/fureverfriends

– Muat naik gambar haiwan kesayangan anda

– Sertakan kapsyen atau cerita pendek mengenainya

Tarikh tutup penyertaan: 30 September 2025

Penyertaan yang terpilih akan dipaparkan di:

Jadi, jika anda seorang pencinta haiwan, ini adalah peluang untuk menyumbang kepada perubahan positif, sambil meraikan ikatan istimewa bersama haiwan peliharaan anda.

Ikuti perkembangan kempen di media sosial @saysdotcom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×