Euforia Bola 2026
Didik

Khabarnya Mulai Ogos, Pinjaman Penuh (Full Loan) Beli Kereta Dah Tak Ada Lagi?

full loan kereta

Baru-baru ini, isu mengenai skim pinjaman penuh (full loan) untuk membeli kereta bakal tiada menjadi perhatian ramai. Di mana, khabar angin tersebut mengatakan full loan kereta bakal tiada bermula Ogos ini. Ikuti butiran lanjut seperti yang disiarkan portal Vocket mengenai perkara ini.

Baca juga: Ilmu Suntingan Paling Asas Naikkan Seri Gambar, Serius Ini Untuk ‘Beginner’ Je!

FULL LOAN KERETA

full loan kereta

Gambar: freepik

Di dalam artikel tersebut yang memetik laporan Sinar Harian, bermula Ogos, tidak ada lagi skim pinjaman penuh untuk beli kereta. Jika peraturan ini mulai dikuatkuasa nanti, ianya akan menjadi satu kesalahan sekiranya pembeli atau penjual melakukan transaksi secara ‘full loan’ selepas ini.

Laporan yang sama juga menyebut, selepas ini setiap pembeli kereta yang mahu membeli kereta menerusi skim pinjaman atau ansuran, mereka harus membayar wang pendahuluan. Wang pendahuluan atau deposit itu sekurang kurangnya 10% daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

Baca juga: 5 Tips Jaga Kereta Putih Tak Mudah Menguning, Dari Jauh Nampak Suci Je!

LHDN AKAN MULAI MEMPERKENALKAN e-INVOIS

Seterusnya, laman Paul Tan pula melaporkan, LHDN akan mulai memperkenalkan e-invois. Hal ini akan turut mempengaruhi pembeli dan penjual kereta. Di mana, ia akan menunjukkan secara digital tentang transaksi antara pembeli dan penjual kereta dengan format yang boleh dibaca oleh mesin.

Langkah untuk menghapuskan pinjaman penuh ini dikatakan diambil sebagai langkah mengatasi masalah penjual kereta yang tidak telus dalam penetapan harga. Mereka meletakkan ‘mark up’ harga lebih tinggi daripada sepatutnya ketika menghantar permohonan pinjaman daripada bank.

Antara cara pembeli menambah lagi amaun harga adalah dengan memasukkan sekali pakej aksesori tambahan, filem penapis sinaran matahari, kamera papan pemuka dan banyak lagi.

Baca juga: Tips Beli Kenderaan Terpakai ‘Second-Hand’, Elak Jadi Mangsa Tertipu!

Senario penjual tidak telus bila hantar permohonan pinjaman kepada bank

Oleh sebab itu, Paul Tan turut memberikan senario bahawa, sebuah kereta berharga RM36,000 kini menjadi RM45,000. Ini kerana penjual cuba memaksimumkan harga berdasarkan nilai pinjaman yang pembeli itu layak dapat.

Selepas ini, setiap penjual kenderaan harus menghantar e-invois mereka kepada kerajaan dan sistem ini dianggap boleh mengekang masalah ‘mark up’ harga yang melampau ini. Semua proses harus melalui LHDN dan angka yang dinyatakan dalam e-invois itu harus sama dengan jumlah sebenar.

Baca juga: Gaji 3 Ribu Sebulan, Harga Rumah Macam Mana Layak Beli? Ini Pengiraannya!

Apa kata netizen?

Sementara itu, ciapan dari pemilik akaun X @realadib berkenaan isu ini telah menarik 5.3 ribu ‘retweet‘. Tulisnya, terdapat satu idea di ruangan komen Paul Tan, yang menurutnya adalah idea yang bernas dan baik.

“Aku baca komen dekat Paul Tan tadi. Dan idea itu aku rasa bernas.

“Method sekarang, nak beli kereta, 90% loan, 10% bayar ke dealer. Komen itu bagi cadangan, buat 1 method, 100% loan, 5% deposit ke bank.

“Idea yang baik. Bank dapat duit, cust dapat 100% loan,” ciapnya.

full loan kereta

Gambar: X – @realadib

Apa pula kata anda?

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Cepat Langsai Loan Rumah, Tua Nanti Dah Tiada Hutang!

Sumber: The Vocket / X @realadib

FT Image: petzshadow / jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×