Euforia Bola 2026
Kerjaya

Tahniah! Fakulti Masscomm UiTM Dinobatkan No.1 Terbaik Di Malaysia & No.7 Di Asia

fakulti masscomm

Fakulti MassComm Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai fakulti terbaik di Malaysia dalam bidang Perhubungan Awam, selain meraih kedudukan ketujuh terbaik di Asia berdasarkan penarafan akademik terkini.

Baca juga: Universiti Malaya (UM) Cipta Sejarah, Kini Di Tangga Ke-58 Dunia Dalam QS Rankings 2026!

FAKULTI MASSCOMM UITM DINOBATKAN NO.1 TERBAIK DI MALAYSIA

FAKULTI MASSCOMM

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bukan sekadar mencerminkan kedudukan statistik, tetapi menjadi bukti bahawa kecemerlangan berterusan fakulti yang telah memainkan peranan penting dalam kemajuan bidang komunikasi dan media tanah air sejak awal penubuhannya.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak fakulti, kejayaan ini diiktiraf sebagai hasil kerjasama menyeluruh warga MassComm terdiri daripada tenaga pengajar yang berkaliber, pelajar yang komited serta sokongan padu alumni yang telah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang profesional.

“Pengiktirafan ini merupakan manifestasi kepada komitmen dan inovasi warga fakulti dalam memajukan bidang komunikasi serta memperkukuh perkembangan perhubungan awam yang progresif di peringkat serantau,” jelasnya.

Kejayaan di peringkat Asia ini meletakkan UiTM pada kedudukan yang lebih kukuh dalam arena antarabangsa, sekali gus membuktikan keupayaan institusi pengajian tinggi tempatan untuk bersaing secara global dalam bidang-bidang utama dan berimpak tinggi.

Lebih daripada itu, pencapaian ini turut menjadi pencetus semangat kepada seluruh komuniti kampus untuk terus melakar kejayaan yang memberi impak positif, memperkukuh jati diri kebangsaan dan membina ekosistem akademik bertaraf dunia.

UiTM bertekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan ini melalui pendekatan yang berteraskan kreativiti, pemikiran kritikal, jaringan kerjasama global serta kepimpinan berwawasan dalam kalangan warganya.

Baca juga: Duit Simpanan ASB RM10K Hilang, Ibu Tuduh Anak Curi Tapi Rupanya Ada ‘Plot Twist’!

Sumber: Facebook UiTM Masscomm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×