Euforia Bola 2026
Famili

“Umi Pengsan 4 Kali Lihat Keadaan Anak…” Empat Pelajar Cedera Parah Kemalangan Dengan Kereta Guru

EMPAT PELAJAR CEDERA

Suasana pagi yang sepatutnya menjadi rutin biasa bertukar tragedi buat sebuah keluarga apabila empat pelajar cedera dalam kemalangan ngeri di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai berhampiran Kampung Pek, pagi semalam.

Lebih memilukan, ibu kepada mangsa dikatakan rebah dan pengsan sebanyak empat kali ketika berada di dalam ambulans selepas melihat keadaan anak bongsunya yang parah dalam kejadian tersebut.

Baca juga: Patutlah Ramai Berebut Beli, Rupanya Isi Ikan Tongkol Berkilat ‘Pelangi’ Ini Tanda Memang Fresh!

EMPAT PELAJAR CEDERA, IBU PENGSAN 4 KALI LIHAT ANAK

EMPAT PELAJAR CEDERA

“Umi pengsan sebanyak empat kali di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke hospital ketika menemani adik bongsu yang mengalami kecederaan parah untuk mendapatkan rawatan,” kata Mohd Shahril Rosli, 28.

Mohd Shahril merupakan abang kepada Mas Siti Rosnani Rosli, 7, dan Muhammad Muskir Rosli, 14, yang cedera parah dalam kemalangan itu. Turut terlibat ialah dua anak saudara mereka, Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9, dan Muhammad Zulhaqif Muhamad Zulkifli, 12.

Menurutnya, ibunya, Hanita Yusoff, 48, terlalu terkejut melihat keadaan Mas Siti Rosnani yang kini koma akibat kecederaan serius di bahagian kepala dan badan.

“Adik bongsu (Mas Siti Rosnani) mengalami koyakan teruk pada paha kanan selain pendarahan di dalam kepala dan retak tulang punggung kanan menyebabkan dia koma dan terpaksa dipindahkan ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk menjalani rawatan lanjut dan dipantau oleh doktor pakar.

“Manakala Muhammad Muskir patah kedua-dua paha dan selain kecederaan saraf, manakala Muhammad Zulhaqif patah paha kanan dan Muhamad Zulkifli pula pecah gusi dan patah paha kanan dan kesemuanya dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai,” jelasnya.

Tambah Mohd Shahril lagi, sebelum kejadian berlaku, adik-adik serta anak saudaranya seolah-olah menunjukkan tanda-tanda enggan ke sekolah seperti kebiasaan.

EMPAT PELAJAR CEDERA

Kredit: BERNAMA

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka keengganan mereka itu menjadi petanda kepada kejadian buruk yang tidak diingini apabila dimaklumkan oleh orang kampung mengenai insiden yang berlaku.

“Pada masa sama, mereka juga keluar rumah agak lewat, iaitu pada jam 7.10 pagi berbanding kebiasaannya pada jam 6.45 pagi, selain tidak sempat bersarapan,” katanya.

Difahamkan, keempat-empat mangsa menaiki motosikal milik ibu mereka dari Kampung Berangan Mek Nab menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Intan yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah.

Terdahulu, media melaporkan empat bersaudara itu parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor berkata, siasatan awal mendapati sebuah Honda Jazz dipandu guru wanita berusia 39 tahun dari arah Machang menuju ke Kuala Krai sebelum bertembung dengan motosikal Honda C100 yang dinaiki semua mangsa dari arah bertentangan.

Baca juga: Anwar Titip Ucapan Hari Lahir, Janji Balas Surat Adik Nanang Yang Simpan Impian Jadi PM

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×