Bagi pengumpul koleksi numismatik atau sesiapa yang gemar menyimpan nilai sejarah dalam bentuk fizikal, pelancaran duit syiling peringatan edisi terhad Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia pastinya sesuatu yang sukar untuk dilepaskan.
Kali ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan enam reka bentuk edisi terhad yang mengetengahkan khazanah warisan negara kepada dunia.
Baca juga: Yang Dipertuan Muda Terengganu Dilantik Sebagai Pemangku Raja, Bermula Rabu Ini!
6 REKA BENTUK DUIT SYILING PERINGATAN ‘TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO MALAYSIA’

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi dan portal BNM, koleksi syiling khas ini membawa tema “Khazanah Malaysia untuk Dunia”, sekali gus menonjolkan identiti dan keunikan tapak warisan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dalam siri duit syiling peringatan ini, BNM memperkenalkan enam reka bentuk berasingan yang masing-masing menampilkan lokasi ikonik Malaysia yang diiktiraf UNESCO.
Antaranya termasuk:
- Taman Negara Gunung Mulu
- Taman Kinabalu
- Bandar Melaka dan George Town
- Lembah Lenggong
- Kompleks Gua Niah
- Taman Rimba FRIM, Selangor.
Setiap reka bentuk dijual secara individu dengan harga RM110 seunit.
Pendekatan ini menjadikan setiap syiling bukan sahaja koleksi eksklusif, tetapi juga gambaran visual kepada warisan semula jadi dan budaya negara yang diiktiraf dunia.
Baca juga: Konflik Dunia Cetus Kebimbangan, Ini 10 Stok Makanan Tahan Lama WAJIB Simpan Dari Sekarang!

Tempahan terhad secara dalam talian
Tempahan duit syiling peringatan ini dibuka secara eksklusif melalui laman duit.bnm.gov.my bermula 9.00 pagi, 11 April 2026 hingga 9.00 pagi, 21 April 2026.
BNM turut memaklumkan bahawa sekiranya berlaku lebihan tempahan, proses cabutan akan dijalankan. Keputusan tempahan berjaya akan diumumkan pada 5 Mei 2026 di laman rasmi duit@bnm.
Bagi tempahan yang tidak berjaya, bayaran balik akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja, manakala penghantaran kepada pembeli yang berjaya dijangka selesai dalam tempoh 25 hari bekerja selepas pengumuman keputusan.
Baca juga: [TERKINI] SARA RM100 Dah Masuk, Ini 15 Kategori & Jenama Produk Diluluskan MyKasih 2026
Sumber: Facebook BNM dan portal duit.bnm.gov.my
FT Image: BNM
