Euforia Bola 2026
Famili

Akibat Main Mercun Bola Abang Parah & Adik Melecur, Ibu Sedar Bila Ada Bunyi Letupan

MERCUN BOLA

Akibat mercun bola meletup, dua kanak-kanak cedera dalam kejadian di Kampung Baru, Kuala Nerang, Kedah. Difahamkan salah seorang daripada mangsa parah akibat insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Supt Abdull Razak Osman berkata, kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun itu sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Baca juga: Senarai Penuh Mesin ATM CIMB Boleh Tukar Duit Raya, Bermula 17 Hingga 31 Mac 2025

2 BERADIK CEDERA AKIBAT MERCUN BOLA MELETUP

MERCUN BOLA

Kredit: Buletin TV3

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 malam dan pihak polis menerima laporan berkenaan pada awal pagi semalam (Rabu) selepas dilaporkan dari pihak hospital.

Semasa kejadian berlaku, kedua ibu bapa kanak-kanak tidak menyedari anak mereka bermain mercun di luar rumah. Dikatakan, mercun dipercayai jenis bola tersebut dikatakan diperoleh dari rakan sekampung.

“Ibu mereka hanya menyedari kejadian setelah terdengar bunyi letupan di luar rumah, sebelum bergegas keluar dan mendapati kedua-dua anaknya telah cedera. Sementara ayah mereka pula tiada di rumah semasa kejadian berlaku.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan dan salah seorang daripadanya yang berusia tujuh tahun dilaporkan parah,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 5 hingga 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan.

Manakala denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua duanya bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak-kanak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal.

Baca juga: Anak Jati Sabah Cari Rezeki Di Korea Selatan, Sebar Budaya & Dakwah Melalui Masakan

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×