Dr. Hanis berjaya mencatat pencapaian luar biasa dalam dunia akademik apabila beliau telah lulus PhD di Universiti Cambridge dengan keputusan ‘Without Correction’, satu pengiktirafan sangat jarang diperoleh.
Status ‘Without Correction’ ini bermakna tesis penyelidikan yang dikemukakan dianggap begitu sempurna sehingga tidak memerlukan sebarang pindaan, seperti yang dinilai oleh panel pemeriksa dalam sesi viva voce. Hanya segelintir pelajar sahaja yang berjaya meraih keputusan seistimewa ini, menjadikan pencapaian Dr. Hanis benar-benar mengagumkan.
Baca juga: Pak Cik Berteduh Bawah Pokok Masa Hujan Ribut, Dua Lelaki Ini Tak Sampai Hati Nak Biarkan…
DR HANIS LULUS PHD DENGAN KEPUTUSAN ‘WITHOUT CORRECTION’

Dalam satu hantaran di akaun peribadi Facebook miliknya, beliau berkongsi detik-detik bermakna perjalanan akademik yang penuh cabaran namun sarat dengan hikmah.
Perjalanan itu mula mengambil arah baharu apabila beliau bertemu dengan Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, yang kemudiannya membuka laluan untuk beliau menjadi pensyarah pelatih di Unit Fisiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM.
Ketika melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di bawah bimbingan Prof. Rafidah dan PM Dr. Maiza Masri, buat pertama kalinya beliau terlibat dalam penyelidikan secara serius. Pengalaman tersebut ternyata menjadi titik tolak yang membentuk keyakinan diri dan mencetuskan minat mendalam dalam bidang penyelidikan, sekali gus menepis rasa rendah diri yang selama ini membelenggu.
“Terima kasih kepada Universiti Sains Islam Malaysia – USIM kerana menerima saya dan memupuk semangat cintakan ilmu kepada saya. Sejak 2016 saya join USIM, saya melihat bagaimana ia membangun dan saya tahu saya diletakkan disini kerana ada mission specific untuk USIM. Insya Allah.

“Inilah platform di mana saya bermula dan setiap sujud tahajud saya, guru saya ini tak pernah saya tak sebut. Allah pelihara mereka. Saya ada ramai guru dan semua sangat significant dalam hati dan doa saya. Allahuakbar,” luahnya panjang.
Beliau percaya bahawa kejayaan memperoleh PhD dengan keputusan ‘Without Correction’ ini hanyalah permulaan kepada misi yang lebih besar iaitu membawa ilmu yang diperoleh di pentas antarabangsa kembali ke tanah air, demi pembangunan universiti dan umat secara keseluruhan.
“Saya ke sana bawa nama USIM dan bila saya pulang, saya bawa ilmu baru untuk terus menyumbang kepada USIM. Insya Allah. Semoga dengan result passed PhD Without Correction ini, Allah terus bukakan jalan untuk saya terus menabur bakti kepada USIM dan Ummah. Amin ya rabb. Mohon semua doakan yang baik-baik ya,” katanya.
Sumber: Facebook
