Euforia Bola 2026
Asuh

“Gara-Gara Dosa Mak Ayah, Anak Yang Dapat Bala!”- Mufti Jawab Soal ‘Tempias Dosa’ Supaya Faham

dosa ibu bapa

Dari zaman dahulu lagi terutama bagi yang beragama Islam, ramai orang tua mengatakan bahawa ‘ketidakjadian’ anak itu adalah berpunca daripada dosa ibu bapa yang lepas. Contohnya, apabila anak-anak sering hidup susah atau mempunyai akhlak yang tidak baik, boleh jadi puncanya datang dari kesalahan lepas ibu bapa itu sendiri.

Adakah ini benar dan wujud dalam nas Islam atau hanya cakap-cakap orang tua sahaja? Berikut adalah perkongsian pendapat di laman Facebook dan penjelasan dari Mufti.

Baca juga: Hukum Letakkan Nama Anak Dengan Nama Malaikat Adalah HARUS, Kecuali 4 Nama INI…

DOSA IBU BAPA TEMPIAS KE ANAK?

dosa ibu bapa

Terdapat satu perkongsian pandangan di laman Facebook yang mendapat pelbagai respon dari pihak netizen.  Puan Rohana Saad mengatakan bahawa ibu bapa perlu sentiasa bertaubat dan memohon ampun dari Allah SWT kerana boleh memberi kesan kepada tingkah laku anak.

“Kadang-kadang atas dosa-dosa ibu ayah anak-anak yang mendapat bala. Mungkin dosa-dosa yang ibu ayah sendiri buat mereka dah lupa. Tapi, kesan atas dosa-dosa ibu ayah, anak-anak yang mendapat tempias. Ibu ayah perlu banyak bertaubat. Cermin dahulu kesilapan kita sebagai ibu ayah jika anak ada melakukan sesuatu yang tidak betul atau kehidupan anak-anak sentiasa di duga.”

Menurutnya, kadang-kadang anak akan diuji dan hidup susah kerana dosa yang dilakukan oleh mak ayah itu sendiri. Angkara mak ayah, anak pula yang kena tanggung!

“Renung-renung balik jika anak-anak kita sentiasa di uji dengan sentiasa kekurangan wang, selalu gagal dan sebagainya. Fikir balik adakah kita pernah mengambil hak orang lain? Begitu juga bila ALLAH uji kita dengan perangai anak-anak, ada kemungkinan ALLAH nak kita flashback tentang diri kita sendiri. Atau lebih mudah, dosa-dosa yang kita pernah buat. Ibu ayah perlu bertaubat. Cermin dahulu kesilapan kita sebagai ibu bapa jika anak ada melakukan sesuatu yang tidak betul.” 

“DOSA SENDIRI TANGGUNG SENDIRI LAH”

dosa ibu bapa

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dan ada juga yang menepis pandangan ini dengan mengatakan bahawa dosa adalah tanggungan diri sendiri. Oleh itu, pihak Mufti tampil menjelaskan adakah dosa mak ayah ‘tempias’ kepada kesusahan dan akhlak anak?

Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa tidak ada nas yang jelas bahawa dosa ibu bapa menjadi penyebab kepada akhlak tidak baik anak-anak. Walaubagaimanapun nas ada menyebutkan tentang tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar dan mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran agama.

Dalam mendidik anak-anak ibu bapa juga perlu menjadi contoh tauladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana mereka cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka. Kekurangan bimbingan agama dan ketiadaan contoh tauladan dari ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak. Walaubagaimanapun setelah ada usaha bimbingan dari ibu bapa tetapi anak-anak masih berkelakuan tidak baik maka ia merupakan ujian terhadap ibu bapa atau Allah SWT ingin memberi kebaikan dan ganjaran pahala kepada mereka. والله أعلم

Firman Allah SWT:

يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ

Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”- Surah Luqman (17)

Baca juga: Betul Ke Anak Jadi Degil & Buas Sebab Mak Ayah Tak Buat Aqiqah? Meh Sini Ustaz Jawab…

Sumber: Rohana Saad, Mufti Wilayah Persekutuan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×