Siapa sangka impian awal seorang doktor bernama Leong Keen Wai, yang hanya ingin memiliki lesen kenderaan ambulans, kini telah membawa dirinya mempunyai 10 lesen kenderaan yang berbeza seperti ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Baca juga: Idea Derma ‘Uniform’ Terpakai & Gantung Di Ampaian Sekolah Dipuji, Ada Yang Masih Bau Kedai!
LESEN KENDERAAN JPJ DIMILIKI DR. LEONG ADA 10

Gambar: Doktor Leong Keen Wai
Berkongsi di Facebook, Dr. Leong menjelaskan niat awalnya untuk memandu sendiri ambulans apabila berlaku kecemasan.
Lantas, kemahuannya berkembang apabila mahu memandu lori hospital untuk membawa barang-barang keperluan bencana seperti banjir dan tanah runtuh.
“Mereka kata saya boleh menjadi apa sahaja, jadi saya mengumpul setiap kelas lesen yang ditawarkan JPJ. Perjalanan ini bermula dengan impian saya untuk memandu ambulans ketika kecemasan.
“Seterusnya, ia beralih kepada keinginan memandu lori hospital. Kami menggunakannya untuk membawa peralatan bantuan bencana seperti banjir dan tanah runtuh.
“Kemudian, perkara menjadi tidak terkawal dan saya mengumpul semua lesen,” tulis Dr. Leong pada hantarannya.
Baca juga: 3 Beradik Bangsa Cina Teruja Ikut Berkhatan & Sanggup Bangun 5 Pagi Nak Ikut Rakan Lain!
Berdasarkan perkongsian Dr Leong, beliau kini memegang lesen memandu yang ditawarkan JPJ seperti berikut:
- Kelas B – Motosikal besar
- Kelas C – Motosikal beroda tiga
- Kelas D – Kereta manual
- Kelas E – Lori besar dan lori pembuangan sampah
- Kelas H – Traktor, forklift dan sebarang jentera berat dengan roda
- Kelas I – Jengkaut dan jentera berantai
- Kenderaan Perkhidmatan Awam Kelas D – Ambulans, pengangkutan ulang-alik, kereta e-hailing, teksi, van penumpang dan limosin
- Kenderaan Perkhidmatan Awam Kelas E – Bas
- Lesen Memandu Barang Kelas E (Berat Kejur) – Kereta jenazah
- Lesen Memandu Barang Kelas E (Bersendi) – Treler

Gambar: Doktor Leong Keen Wai
Baca juga: Amatullah Hamidah Si Cilik 7 Tahun Dari Terengganu, JUARA DUNIA Pertandingan Pidato Inggeris!
Selain itu, Dr Leong berkongsi bahawa impian utamanya adalah pada suatu hari nanti untuk memandu trak angkut Caterpillar 797, memulakan pasukan khas kecemasan menggunakan superbike untuk hospitalnya dan belajar memandu kereta kebal tentera.
Dr Leong turut menjelaskan bahawa tidak semua lesen dia boleh dapatkan seperti lesen Kelas A (untuk orang kelainan upaya), Kelas F dan G (lesen jentera berat), lesen konduktor bas (kini sudah dimansuhkan) dan lesen GDL B2 untuk Grab(tak pasti sama ada masih ditawarkan).
Bahkan, beliau juga berhasrat untuk menambah lebih banyak lagi lesen dalam koleksinya seperti lesen mengendalikan kren menara, kren crawler, skylift, trak B-double dan mungkin juga helikopter.
“Lelaki tidak pernah membesar, ‘mainan’ mereka yang semakin besar,” katanya, walaupun mengakui bahawa beliau tidak begitu berminat untuk menerbangkan pesawat.
Sumber: Leong Keen Wai
FT Image: Leong Keen Wai
