Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah memiliki akhlak dan kefahaman yang baik. Justeru, doa untuk anak bijak menjadi amalan penting yang sering dipanjatkan agar mereka membesar dengan ilmu yang berkat dan bermanfaat.
Dalam sirah Rasulullah SAW, terdapat satu doa yang sangat bermakna dan sarat dengan nilai pendidikan, khususnya berkaitan pembentukan ilmu dan kefahaman anak-anak.
Baca juga: Amalkan Doa INI Setiap Hari, InsyaAllah Fikiran Kotor & Negatif Akan Hilang Perlahan-Lahan…
DOA UNTUK ANAK BIJAK SUPAYA MUDAH FAHAM ILMU DI SEKOLAH

Ibnu Abbas r.a. merupakan antara sahabat yang membesar rapat dengan Rasulullah SAW sejak usia muda. Dalam satu peristiwa, beliau pernah menyediakan air wuduk untuk Baginda pada waktu malam.
Melihat adab dan keikhlasan kanak-kanak itu, Baginda mendoakannya dengan satu doa yang masyhur:
اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
Allahumma faqgih-hu fid-din wa ‘allim-hu at-ta’wil
“Ya Allah, berilah dia kefahaman yang mendalam dalam agama dan ajarkan kepadanya kebijaksanaan memahami (ilmu).”

Dalam riwayat lain pula, Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW memeluknya lalu berdoa:
اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
“Ya Allah, ajarkanlah kepadanya hikmah.” (Riwayat Bukhari, hadis sahih)
Dengan izin Allah, Ibnu Abbas r.a. membesar sebagai seorang tokoh ilmuwan yang sangat disegani. Walaupun usianya masih muda berbanding sahabat lain, ilmunya amat luas dan beliau dikenali sebagai antara ahli tafsir terkemuka dalam sejarah Islam.
Doa ini boleh diamalkan oleh ibu bapa setiap hari. Antaranya:
- Dibacakan sebelum anak keluar ke sekolah
- Dibacakan sambil meletakkan tangan di ubun-ubun anak
- Diamalkan dalam doa selepas solat
Usaha mendidik anak tidak cukup dengan pendidikan semata-mata. Ia perlu dilengkapi dengan perhatian, kasih sayang dan disempurnakan dengan doa.
Baca juga: Jadual Lengkap Tarikh Puasa Sunat Rejab 2025/2026, Jangan Lupa Baca Niat..
Sumber: Facebook Nasihat Hari Ini
