Euforia Bola 2026
Nur

Sakit Kepala Komitmen Lebih Dari Gaji, Pemuda Ini Lega Lepas Amalkan Doa Ini & Duit Sentiasa Cukup!

doa rezeki tak putus

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, ramai orang tercari-cari doa rezeki tak putus untuk dijadikan amalan agar kehidupan lebih terjamin walaupun pendapatan kecil.

Begitulah kisah seorang pemuda yang berkongsi pengalamannya ketika bergelut dengan tekanan kewangan, namun tetap mampu ‘bernafas’ setiap bulan berkat doa dan usaha.

Baca juga: Solat Jemaah Sah Ke Kalau Imam Terlupa Mandi Wajib? Jawapan Ini Mungkin Mengejutkan!

DOA REZEKI TAK PUTUS WALAU KOMITMEN MELEBIHI GAJI

doa rezeki tak putus

Gambar hiasan.

Menurut perkongsiannya, dia hanya bergaji RM2,000 ketika itu, tetapi beban komitmen bulanan mencecah RM3,000 yang menjadikan dirinya sentiasa dalam keadaan negatif RM1,000 setiap bulan.

“Gaji saya RM2,000. Komitmen yang saya kena bayar tiap-tiap bulan RM3,000. Saya pada masa itu adalah negatif RM1,000 tiap-tiap bulan.

“Macam mana saya nak survive untuk hidup yang setiap bulan negatif RM1,000.

“Tapi ada satu doa ini bila kita percaya dengan betul-betul dengan Allah SWT, ia memang power tau,” jelasnya.

Baca juga: Telekung Cantik Tapi Guna Fabrik Nipis, Sah ke Solat Kita? Ini Hukumnya

Keadaan itu bukan sahaja mencabar dari segi kewangan, malah cukup menguji ketahanan emosi dan kebergantungan pada Allah SWT. Namun, menurutnya, ada satu amalan yang benar-benar memberi kesan besar dalam hidupnya iaitu dengan membaca Surah Asy-Syuura, ayat ke-19.

“Kita minta supaya rezeki kita itu cukup, walaupun on paper kita nampak kita dah negatif RM1,000. Tapi cukup, Alhamdulillah Dia bagi rezeki,” jelasnya lagi.

Bukan itu sahaja, isterinya juga turut memainkan peranan penting apabila menjana pendapatan sampingan menerusi affiliate, sekali gus membantu menampung kekurangan kewangan mereka.

“Isteri saya pula buat affiliate masa itu dan menjadi, komisen banyak. Jadi, dia boleh tolong tampung dalam tempoh kami nak survive itu,” ujarnya.

Baca juga: Perlu Ke Niat Qada Kalau Terlewat Bangun Subuh? Ini Penjelasan Ustaz Azhar

Surah yang diamalkan: Asy-Syuura Ayat 19

doa rezeki tak putus

Ertinya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Menurut lelaki ini, dia mengamalkan membaca ayat tersebut secara konsisten setiap hari selepas solat, sebelum tidur dan pada waktu lapang. Baginya, amalan itu bukan sekadar bacaan, tetapi keyakinan dan kebergantungan penuh kepada Allah SWT.

“Doa tanpa usaha itu tipu. Tapi usaha tanpa doa pula sumbang. Jadi kita kena ada kedua-duanya,” tegasnya.

Kisah ini menjadi inspirasi kepada ramai yang mungkin sedang menghadapi tekanan kewangan serupa. Usaha perlu ada, tetapi jangan lupa untuk berdoa. Hal ini kerana, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, dan kadangkala luar jangkaan.

Baca juga: Alamak! Baru 2 Rakaat Tapi Terbaca Terus Tahiyat Akhir, Adakah Solat Sah Atau Terbatal? Ustaz Perjelas Ini

Sumber: Instagram abang.mirul

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×