Setiap kali musim peperiksaan tiba, bukan anak sahaja yang berdebar, malah ibu bapa juga turut merasainya. Disebabkan itulah ramai yang mencari doa mudah jawab peperiksaan sebagai salah satu ikhtiar untuk memohon kepada Allah SWT agar anak diberikan ketenangan hati, kefahaman yang baik dan dipermudahkan sepanjang menjawab soalan.
Baca juga: Doa Anak Lambat Bercakap, Ikhtiar Cara Ini, InsyaAllah Lancar Mulut Si Kecil Bertutur
DOA MUDAH JAWAB PEPERIKSAAN YANG ‘POWER’

Gambar hiasan: Gemini AI
Menurut perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar di Facebook, doa merupakan antara amalan yang sentiasa dilakukannya sejak anak-anak masih bersekolah hinggalah ke peringkat universiti. Baginya, setiap ibu bapa pasti mengimpikan kejayaan anak-anak.
“Saya percaya tak ada ibu bapa yang tidak mahu anak skor masa exam. Saya pun sama. Nak anak skor. Nak mereka naik pentas. Nak mereka mengukir senyum,” tulisnya di hantaran tersebut.
Beliau turut berkongsi bahawa doa hanyalah sebahagian daripada ikhtiar. Dalam masa sama, usaha anak untuk belajar, mengulang kaji pelajaran dan persediaan yang rapi tetap menjadi faktor utama sebelum bertawakal kepada Allah SWT.
Ikhtiar bukan sekadar berdoa
Dr. Rizal turut mengingatkan bahawa doa perlu disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Antara ikhtiar yang boleh dilakukan ibu bapa ialah:
- Menggalakkan anak mengulang kaji mengikut jadual.
- Memastikan anak mendapat rehat dan tidur yang mencukupi.
- Menyediakan pemakanan yang seimbang.
- Memberikan kata-kata semangat dan mengurangkan tekanan.
- Sentiasa mendoakan anak sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan.
Beliau percaya keseimbangan antara usaha, doa dan tawakal merupakan kunci yang membantu anak menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang.
Baca juga: Pelupa Bila Belajar? Cuba Amalkan 5 Doa Mudah Hafal Ini Hari-Hari, Otak Jadi Lebih Tajam!
Baca juga: Doa Untuk Anak Dilindungi, Beza Cara Baca Untuk Anak Kecil & Dewasa, Moga Mustajab!

Gambar hiasan: Gemini AI
Doa yang dikongsikan:
نَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَفْتَحَ لَهُمْ فُتُوحَ الْعَارِفِينَ، وَأَنْ يَفْتَحَ لَهُمْ فُتُوحَ الْحَافِظِينَ، وَأَنْ يَفْتَحَ لَهُمْ فُتُوحَ الْمُوَفَّقِينَ، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا.
اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْاِمْتِحَانَاتِ بَرْدًا وَسَلَامًا وَسَهْلًا عَلَىٰ عُقُولِهِمْ وَقُلُوبِهِمْ، وَأَلْهِمْهُمُ الْإِجَابَةَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ لَهُمْ فَهْمَ النَّبِيِّينَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِينَ.
“Kami memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Pemilik Arasy yang agung, agar membukakan untuk mereka pembukaan (jalan kefahaman) orang-orang yang bijaksana (arif), membukakan untuk mereka pembukaan orang-orang yang kuat ingatan (penghafal), dan membukakan untuk mereka pembukaan orang-orang yang mendapat taufik (kejayaan), wahai Tuhan semesta alam.
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan) itu mudah apabila Engkau menghendakinya.
“Ya Allah, jadikanlah peperiksaan ini terasa sejuk, damai, dan mudah bagi akal fikiran serta hati mereka, dan ilhamkanlah kepada mereka jawapan (yang betul).
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu untuk mereka kefahaman para nabi dan hafalan para rasul.”
Baca juga: 12 Doa Mustajab Untuk Anak Tersayang, Senjata Terhebat Ibu Ayah Boleh Baca Di Hari Arafah
Kejayaan bukan hanya diukur dengan keputusan
Walaupun setiap ibu bapa mengimpikan anak memperoleh keputusan cemerlang, hakikatnya peperiksaan hanyalah sebahagian daripada perjalanan hidup mereka.
Apa yang lebih penting ialah anak belajar menjadi seorang yang rajin berusaha, berdisiplin dan tidak mudah berputus asa apabila berdepan cabaran.
Sebagai ibu bapa, teruskan memberikan sokongan, doa dan dorongan kepada anak-anak. Mudah-mudahan setiap usaha yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah SWT dan mereka diberikan kejayaan yang terbaik, sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Sumber: Faceboook DrRizal Abu Bakar
FT Image: Gemini AI
