Euforia Bola 2026
Asuh

Gara-Gara Bergaduh, Ibu Denda 2 Anak Jalan Kaki Balik Rumah Sambil Pegang Tangan, Tuai Pujian Ramai!

denda anak

Dalam dunia keibubapaan, setiap ibu bapa ada cara mendidik yang tersendiri terutamanya dalam situasi denda anak. Baru-baru ini, seorang ibu bernama Amalina Hilmi menarik perhatian ramai apabila berkongsi satu pendekatan yang unik dan agak lucu untuk menangani pergaduhan antara anak-anaknya.

Melalui satu video yang dimuat naik di TikTok, Amalina menceritakan bagaimana kedua-dua anaknya bergaduh tidak berhenti. Bahkan hal-hal kecil pun boleh jadi punca ‘perang besar’.

Baca juga: Bayi 2 Bulan Disyaki Didera Ibu Ayah Kini Bertarung Nyawa Di Hospital, Tergamaknya!

IBU KREATIF DENDA ANAK PIMPIN TANGAN

denda anak

Gambar TikTok Amalina Hilmi

Penat dengan pertengkaran yang berulang, Amalina ambil langkah win-win yang cukup kreatif iaitu denda balik rumah jalan kaki sambil berpegangan tangan!

Ini makannya, hampa jalan kaki balik rumah sambil pegang tangan! Kalau ibu nampak hampa lepas tangan, ibu suruh tambah satu pusingan lagi,” tulisnya dalam video tersebut.

Baca juga: Bila Masuk Darjah 6 Bukan Fokus ‘Exam’ Je, Banyak Perkara Lain Adik-Adik Kena Skor, Ambil Nota Ini!

Menurut Amalina, denda itu bukan sekadar hukuman, tetapi satu cara untuk mengajar anak-anak lelakinya tentang nilai saling menghormati dan memaafkan.

“Ibu penat, jadi tak payah nak judge cara ibu. Video ini nanti pun depa akan tengok balik sambil gelak-gelak,” jelasnya lagi.

Katanya, tindakan itu diambil bukan kerana berat sebelah tetapi kerana masing-masing ada salah sendiri. Maka, sebagai jalan tengah yang adil, mereka ‘dihukum’ untuk sama-sama berjalan balik sambil berpegangan tangan.

Situasi jadi lebih menarik apabila ‘simptom anak kedua’ mula menonjol, menguasai si adik lalu terciptalah momen lucu yang sempat dirakam dan dikongsi.

Baca juga: Ibu Dedah Anak Hampir Juling, Lepas Perasan Sering Buat Gaya Pelik Bila Nak Fokus!

Namun begitu, apa yang lebih penting bagi Amalina ialah proses selepas denda itu. Bila sampai rumah, dia ambil masa untuk terangkan apa yang berlaku, kenapa mereka didenda dan paling utama memastikan tiada yang simpan rasa tidak puas hati.

“Selesai denda, ibu terangkan dan anak-anak pun berdamai. Insha Allah, tak ada dendam tak ada bermusuhan dan tak ada yang tidak puas hati,” ujarnya.

Akhir sekali, Amalina titipkan pesanan yang cukup menyentuh hati,

“Ambil yang baik buang yang buruk. Terima kasih atas doa-doa yang baik.”

Baca juga: Kenali Trend Baru Gaya Asuh ‘Soft Parenting’ & Cara Seimbangkan Agar Anak Tak Naik ‘Tocang’!

Reaksi warga maya

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Amalina yang dianggap kreatif, lembut tetapi berkesan.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dan menunjukkan bahawa cabaran mendidik anak memang bukan mudah, tetapi dengan cara yang penuh kasih sayang, ia boleh diuruskan dengan baik.

Nota penulis:

Kadang-kadang, ‘denda’ bukan sekadar hukuman. Ia boleh jadi peluang untuk mendidik dan juga kenangan manis yang anak-anak akan gelak bila dah besar nanti.

@amalinahilmi

Ibu penat, so Xpyh nak judge cara ibu! Video ni nnt pon depa akan tgk balik sambil gelak2. IBU BABA SAYANG SEMUA ANAK3 Denda ni ibu buat sbb masing2 ada salah masing2. So to be fair ni la hasil dia. Cuma symptoms anak ke2 tu lbh menguasai si adik, terhasillah mcm dlm video ni. Selesai denda ibu explain n depa pon berdamai. Insyaallah xdak dendam xdak bermusuhan xdak yg xpuas hati. Ambil yg baik buang yg buruk. Terima kasih atas doa2 yg baik. ❤️

♬ original sound – AmalinaHilmi – AmalinaHilmi

Baca juga: Ibu Kena Tukar Makanan Anak Kepada 9 Jenis Ini, Bantu Anak Speech Delay Banyak Bercakap!

Sumber: TikTok Amalina Hilmi 

FT Image: TikTok Amalina Hilmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×