Zaman sekolah dulu memang lain ‘auranya’. Walaupun penuh dengan disiplin, peraturan dan jenis denda, tapi di situlah tersimpan berjuta kenangan yang sampai sekarang masih buat kita ketawa sendiri bila teringat.
Kalau budak-budak sekarang mungkin akan buat laporan kalau kena denda, tapi bagi kita yang membesar tahun 80-an dan 90-an, hukuman cikgu dulu jadi satu ‘pengajaran berharga’ dan kadang-kadang, jadi bahan lawak semasa reunion!
Baca juga: Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025 Kini Dibuka, Bukan Cikgu Pun Boleh Mohon & Dapat Elaun!
15 Jenis Denda Zaman Sekolah 80-90an Yang Buat Kita Senyum Bila Teringat Balik

Foto: Udey Ismail
Jom imbau balik 15 jenis denda yang cukup legend zaman sekolah dulu. Siapa yang pernah kena?
1. Padam Papan Hitam
Kalau cikgu tengah marah dan tiba-tiba suruh padam papan hitam, itu tanda anda kena ‘volunteer paksa’. Kadang-kadang kena padam sampai bersih berkilat, kalau tinggal habuk sikit pun, siaplah dapat bebelan tambahan.
2. Kena Rotan Tapak Tangan
Rotan hijau panjang yang disimpan di tepi meja cikgu tu memang jadi simbol kuasa. Cikgu cuma perlu sebut, “Tunjuk tangan!”dan terus semua beratur dengan muka cuak tapi redha.
3. Ketuk Ketampi
Klasik tapi berkesan lebih-lebih lagi kalau kena depan rakan sekelas memang malu bukan main! Tapi peliknya, lepas itu semua boleh gelak sama-sama.
4. Jalan Itik
Yang ini memang menguji lutut. Disuruh jalan itik dari hujung ke hujung kelas, sambil kawan-kawan tengok dan tahan ketawa. Tapi yang pasti, tak berani dah buat hal lepas tu!
5. Junjung Kerusi
Cikgu suruh junjung kerusi sambil berdiri di luar kelas itu merupakan simbol pelajar ‘nakal tapi masih boleh diselamatkan’. Berat tak seberapa, tapi malu yang dapat lain macam.
6. Kutip Sampah
Walaupun nampak macam ringan, tapi ketika itu rasa macam kena kerja amal tanpa gaji. Sekarang bila fikir balik, rupanya cikgu nak ajar kita tanggungjawab jaga kebersihan.
7. Gantung Tag Kesalahan
Tag besar yang digantung bertulis “Saya Lupa Bawa Buku” atau “Saya Datang Lambat” itu memang cukup memalukan tapi berkesan. Jalan pun tunduk, tak sanggup pandang kawan.
8. Berdiri Atas Kerusi
Biasanya cikgu suruh berdiri bila tak siap kerja sekolah. Ketika itu rasa macam spotlight tengah kena dekat kita seorang dan semua pandang sambil senyum-senyum.
9. Berdiri Tengah Panas
Kalau kena berdiri tengah padang waktu rehat, mesti balik kelas dah macam ikan kering. Tapi peliknya, semua boleh ‘hidup’ juga zaman tiu.
10. Pumping
Untuk budak lelaki, inilah denda paling ‘gentleman’. Tak siap kerja? 20 kali pumping. Lambat baris? Tambah lagi 10! Sekarang mungkin dipanggil senaman ringan, tapi dulu memang dianggap azab!
11. Gunting Rambut Berjemaah
Kalau cikgu disiplin nampak rambut panjang, siaplah. Kadang cikgu terus keluarkan gunting dari poket dan “zip zip zip” terus jadi fesyen rambut yang tak ikut trend.
12. Duduk Bersila Luar Kelas
Tak bawa buku atau bising sewaktu cikgu mengajar? Kena duduk luar kelas, bersila sambil dengar burung berkicau. Ini merupakan satu bentuk meditasi paksa zaman dulu.
13. Tulis Ayat Berulang Kali
“Janji tidak akan bercakap dalam kelas lagi” perlu ditulis 100 kali atas kertas. Walaupun ketika itu rasa jari macam nak patah, tapi sekarang bila fikir balik, rupanya cikgu tengah asah kesabaran kita.
14. Berdiri Atas Meja
Kalau cikgu dah betul-betul marah, berdirilah atas meja sambil semua tengok. Nak marah pun tak boleh sebab dalam hati dah rasa lucu sendiri.
15. Tulis Dekat Papan Hitam
Biasanya hukuman ini untuk murid yang suka main-main semasa cikgu mengajar. “Tulis 20 kali ‘Saya tak akan bercakap masa cikgu mengajar’ di papan hitam!”

Foto: Blogspot
*Zaman dahulu tak sama macam zaman sekarang, walaupun nampak kasar, tapi denda-denda dulu penuh dengan nilai pengajaran seperti disiplin, hormat guru, dan tanggungjawab. Ia bukan untuk memalukan, tapi untuk mendidik. Bagi kita yang pernah melaluinya, semua itu bukan kenangan pahit tapi memori indah yang membentuk siapa diri kita hari ini.
Baca juga: 3 Tahap Rotan Dalam Islam Yang Ramai Terlupa, Ingat…Rotan Dengan Kasih Sayang Bukan Amarah
Sumber: Tiktok @mohd_sahlan
