Euforia Bola 2026
gaya hidup

Angkat Tema Kampung Air, Biduanita & Timur Tengah, Ini 5 Dekorasi Raya Mall Paling Meriah Tahun Ini!

Sambutan Aidilfitri saban tahun makin meriah dengan pelbagai dekorasi menarik di pusat beli belah utama Malaysia. Dari tema Arabian hingga ke perkampungan terapung, setiap pusat beli belah ini tampil dengan keunikan tersendiri yang pasti memukau pengunjung. Jom lihat lima dekorasi Raya paling meriah tahun ini.

Suria KLCC – Rai Raya dengan Keajaiban Dari Kota Maghribi

Suria KLCC membawakan keajaiban kota Maghribi sebagai dekorasi sambutan Aidilfitri tahun ini. Hiasan bertemakan rona biru diraja dan emas dengan kubah Moorish dan tanglung Arab mencipta suasana perayaan yang mewah dan eksotik.

Di ruangan Esplanade KLCC, lokasi tumpuan para pelancong menyaksikan persembahan air pancut dan keindahan bangunan berkembar Petronas pula dihiasi binaan kubah Moorish besar dengan pencahayaan interaktif, sesuai untuk merakam momen istimewa Hari Raya.

Pengunjung yang berbelanja RM700 ke atas di Alamanda berpeluang menerima 1 set sampul raya dan balang kuih raya, manakala RM1500 keatas akan menerima e-baucar bernilai RM50.

Selain itu, pusat beli belah Alamanda Putrajaya yang diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd turut meraikan anak yatim dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (YAYAKEM) dalam satu program CSR di pusat beli belah itu. Seramai 41 orang anak yatim  menikmati pengalaman membeli belah persiapanan raya dan memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu tajaan rakan niaga, Bata.

Pavilion Kuala Lumpur – Bawa Biduanita Dalam “Budaya Raya”

Pavilion Kuala Lumpur bangga mempersembahkan Budaya Raya sebagai tema utama tahun ini. Melalui kolaborasi eksklusif bersama Istana Budaya, pusat beli belah ini mempersembahan muzik dan tarian tradisional Melayu seperti tarian piring dan gamelan, lengkap dengan pemuzik dari Orkestra Simfoni Kebangsaan (NSO) Istana Budaya.

Tarikan utama yang viral adalah Pameran Steps of Legacy di Spanish Steps, yang memberi penghormatan eksklusif kepada biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pameran ini mengimbau perjalanan kariernya sebagai anak seni dan memberi pengalaman unik kepada pengunjung raya ini.

1 Utama – “Astana Aidilfitri” Dibawa Khas Dari Uzbekistan

Dari laluan Sutera terus ke 1 Utama, pusat beli belah ini membawakan Astana Aidilfitri, lengkap dengan binaan pavilion, mozek biru indah serta seni kaligrafi yang mengingatkan kita kepada kota Registan di Samarkand.

Pengunjung juga dapat menikmati pameran khas dan seni tradisional Uzbekistan, dari seni tekstil halus hingga artifak berharga hasil kerjasama strategik 1 Utama dengan Kedutaan Uzbekistan. Lebih menarik, terdapat juga bengkel interaktif dan persembahan muzik instrumen Uzbek, dikir barat, angklung dan banyak lagi.

Baca juga: Aktiviti Rope Course Dalam Hidden Forest, Treetop Adventure Pasti Buat Pengunjung Teruja!

The Curve – Semai Nostalgia Beraya di Kota Raya

Membawa nostalgia beraya era 90-an, The Curve menampilkan dekorasi ikonik seperti bas merah jambu, yang menghidupkan kembali kenangan balik kampung. Hiasan ini dilengkapkan dengan perhentian bas vintaj dan kaunter tiket lama.

Tidak ketinggalan, The Curve juga menampilkan rumah kampung biru yang terinspirasikan dari Rumah Biru di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati persembahan tradisional seperti tarian Inang, Kuda Kepang, dikir barat dan banyak lagi.

Berjaya Times Square – Ceria Raya Floating Village Terap Unsur Raya Di Kampung Air

Berjaya Times Square membawakan suasana perkampungan air yang berwarna warni, dihiasi dengan dekorasi nostalgia Hari Raya. Binaan rumah kayu, bot, serta hiasan kecil seperti kuih-muih dan bunga yang mencipta suasana kampung unik.

Semua Meriah, Jangan Bandingkan, Tetapi Raikan!

Sama ada ingin mengimbau kembali kenangan beraya di kampung atau sekadar ingin merakam OOTD yang cantik, pusat beli-belah ini menjanjikan pengalaman perayaan yang meriah buat para pengunjung. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan Aidilfitri dengan latar dekorasi yang memukau ini!

Baca juga: 4 Resipi Air Minuman Sedap Untuk Hari Raya, Pasti Tetamu Suka! 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×