Setiap kali menjelang Syawal, pengumuman cuti tambahan Aidilfitri sentiasa dinanti oleh ibu bapa, guru dan pelajar. Bagi tahun 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekali lagi memperuntukkan cuti khas sempena perayaan utama itu menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026.
Langkah ini bukan sesuatu yang baharu kerana setiap tahun KPM menyediakan cuti tambahan bagi perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas, demi memberi ruang kepada warga sekolah membuat persiapan dan meluangkan masa bersama keluarga.
Baca juga: KTMB Umum 26 Perjalanan Tren Tambahan Sempena Aidilfitri, Cepat Beli Nanti Tiket Habis!
TARIKH CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI IKUT KUMPULAN

Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang dijangka diraikan pada 21 Mac (Sabtu) dan 22 Mac (Ahad), pengumuman ini pastinya menggembirakan ramai.
Pembahagian cuti adalah berdasarkan kategori negeri seperti berikut:
Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu)
- 19 Mac 2026 (Khamis) – Cuti tambahan khas
- 20 Mac – 28 Mac 2026 – Cuti Penggal 1 (9 hari)
Sekolah di negeri Kumpulan A akan mula bercuti lebih awal bermula 19 Mac, sebelum disusuli cuti penggal yang berlangsung selama sembilan hari.
Kumpulan B (Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
- 19 Mac 2026 (Khamis) – Cuti tambahan khas
- 20 Mac 2026 (Jumaat) – Cuti tambahan khas
- 21 Mac – 29 Mac 2026 – Cuti Penggal 1 (9 hari)
Kumpulan B menerima dua hari cuti tambahan, sekali gus menjadikan tempoh rehat lebih panjang berbanding Kumpulan A.
[DIKEMASKINI]
Terbaharu, cuti tambahan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada semua sekolah di seluruh negara bagi memberi ruang kepada mereka yang berkenaan merancang perjalanan pulang ke kampung serta membuat pelbagai persiapan.
Melalui satu kenyataan rasmi, KPM memaklumkan bahawa satu hari cuti tambahan diberikan pada 18 Mac. Pengumuman ini semestinya bagai bulan jatuh ke riba kerana menjelangnya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Cuti raya sekali dengan cuti penggal
Apa yang lebih menggembirakan, cuti perayaan Aidilfitri kali ini hadir serentak dengan Cuti Penggal 1. Ini bermakna pelajar dapat menikmati tempoh rehat sehingga sembilan hari berturut-turut mengikut kumpulan masing-masing.
Bagi ibu bapa yang merancang perjalanan pulang ke kampung, tempoh ini tentunya memberi fleksibiliti dari segi perancangan tiket dan perjalanan bagi mengelakkan kesesakan.
Dalam masa sama, guru dan pelajar diingatkan supaya memanfaatkan cuti dengan sebaiknya. Bukan sahaja untuk bergembira bersama keluarga, tetapi juga memastikan tugasan dan ulang kaji pelajaran tidak diabaikan.
Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga pendidik, pelajar serta ibu bapa.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
FT Image: Gemini AI
