Euforia Bola 2026
Didik

[TERKINI] 18 Mac Diumum Sebagai Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri, Rabu Dah Boleh Balik Kampung!

cuti tambahan

Terbaharu, cuti tambahan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada semua sekolah di seluruh negara bagi memberi ruang kepada mereka yang berkenaan merancang perjalanan pulang ke kampung serta membuat pelbagai persiapan.

Melalui satu kenyataan rasmi, KPM memaklumkan bahawa satu hari cuti tambahan diberikan pada 18 Mac. Pengumuman ini semestinya bagai bulan jatuh ke riba kerana menjelangnya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Baca juga: [TERKINI] Permohonan UPUOnline Lepasan SPM Dilanjutkan Sehingga 12 April Ini!

cuti tambahan

Gambar hiasan: Gemini AI

Menurut kenyataan itu, pemberian cuti berkenaan bertujuan memberi peluang kepada guru, murid dan juga ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih teratur.

Selain itu, langkah tersebut juga selaras dengan komitmen KPM yang sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan di seluruh negara.

Dengan adanya cuti tambahan ini, diharapkan warga sekolah dapat merancang perjalanan pulang ke kampung serta membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih lancar tanpa perlu tergesa-gesa.

cuti tambahan

Gambar: Tangkap layar dari kenyataan media KPM.

Perincian cuti tambahan berdasarkan kumpulan negeri

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, beberapa negeri turut menerima cuti tambahan yang telah diperuntukkan mengikut kumpulan sekolah masing-masing.

Bagi Kumpulan A yang melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, sekolah telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.

Sementara itu, Kumpulan B yang merangkumi negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula diberikan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac.

Dengan pengumuman ini, ibu bapa dan pelajar boleh merancang jadual perjalanan serta persiapan menyambut Hari Raya dengan lebih awal.

Baca juga: Penjawat Awam Senyum Lebar! Ini 8 Negeri Beri Bantuan Khas Aidilfitri, Ada Yang Dapat Sebulan Gaji

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

FT Image: Berita Harian / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×