Euforia Bola 2026
Didik

KPM Kongsi Tarikh Cuti Penggal 1 Selama 12 Hari, Termasuk Hari Raya Haji!

CUTI PENGGAL

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik memaklumkan bahawa tarikh cuti penggal 1 bagi sesi akademik 2025/2026 adalah bermula 29 Mei hingga 9 Jun 2025.

Jumlah cuti berkenaan adalah selama 12 hari dan lebih menariknya ia merangkumi sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang dijangka pada 7 Jun 2025 (Sabtu).

Baca juga: Pelajar SM Sains Banting Meninggal Dunia, Dalam Perjalanan Ke Surau Untuk Solat Subuh

KPM KONGSI TARIKH CUTI PENGGAL 1, 12 HARI TERMASUK RAYA HAJI

CUTI PENGGAL

Gabungan cuti penggal pertama dan cuti perayaan kali ini pastinya membawa kelegaan kepada ramai pihak, terutamanya guru dan pelajar yang sebelum ini berhadapan dengan jadual pembelajaran yang padat serta pelbagai komitmen sekolah.

Kalendar Akademik KPM membahagikan cuti ini kepada dua kategori utama — Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A merangkumi sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B melibatkan negeri-negeri lain iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, serta ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Menyesal Seumur Hidup Bila Tak Buat 5 Momen Macam Ini Dengan Anak, Tak Dapat Putar Masa Dah!

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×