Euforia Bola 2026
Didik

30 Contoh Ulasan Guru Boleh Guna Untuk Hari Penilaian Prasekolah, Daripada Lemah Hingga Cemerlang!

ulasan guru

Hari Terbuka Prasekolah bukan sekadar sesi bertemu guru, malah menjadi detik penting untuk ibu bapa menyelami dunia anak-anak mereka. Di sinilah peranan ulasan guru bukan hanya sebagai pendidik, tetapi juga sebagai pemerhati yang prihatin.

Setiap anak-anak berkembang pada kadar yang berbeza maka, ulasan guru yang telus dan membina mampu menjadi cerminan tepat perkembangan semasa mereka. Jadi untuk guru semua, berikut adalah 30 contoh ulasan telah disusun rapi mengikut tahap pencapaian kanak-kanak boleh digunakan.

Baca juga: “Ibu, Dia Slayy AF!” – Mak Ayah Wajib Tahu 37 Slang Gen Z Anak Selalu Guna INI Untuk Faham ‘Dunia’ Mereka!

30 CONTOH ULASAN GURU BOLEH GUNA UNTUK ISI DALAM BUKU LAPORAN PRASEKOLAH

ulasan guru

Foto hiasan.

1. Ulasan Untuk: Murid Sangat Lemah (Perlu perhatian dan bimbingan berterusan)

– Masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan mengira. Sokongan tambahan di rumah sangat diperlukan.

– Sering hilang tumpuan semasa aktiviti berlangsung. Perlu dilatih untuk kekal fokus dalam tempoh yang lebih lama.

– Murid kurang yakin dan memerlukan galakan untuk mencuba tugasan mudah.

– Belum dapat mengenal huruf dan nombor secara konsisten. Latihan berterusan amat digalakkan.

– Lemah dalam kemahiran menulis – perlu dibantu dari segi pegangan pensel dan kawalan tangan.

– Interaksi sosial masih rendah. Kurang bergaul dan memerlukan dorongan untuk berkomunikasi.

– Murid masih bergantung sepenuhnya kepada guru dalam kebanyakan aktiviti. Perlu dilatih untuk lebih berdikari.

– Kesukaran memahami arahan mudah. Pengulangan dan tunjuk ajar secara konsisten amat diperlukan.

– Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti pembelajaran. Perlu pendekatan yang lebih menyeronokkan.

– Lemah mengenal warna, bentuk dan konsep asas. Latihan melalui permainan interaktif digalakkan di rumah.

2. Ulasan Untuk: Murid Sederhana (Menunjukkan potensi, perlukan galakan berterusan)

– Boleh membaca dan menulis pada tahap asas, namun masih perlukan latihan untuk kelancaran.

– Mengenal huruf dan nombor dengan baik, tapi perlu diperkukuh dengan latihan aplikasi.

– Kemahiran motor halus berada di tahap sederhana – latihan mewarna dan menulis sangat membantu.

– Aktif dalam kelas tetapi kadang kala mudah terganggu. Perlu dibantu untuk kekal fokus.

– Mampu bergaul dengan rakan, namun kadang kala perlu dipandu menyelesaikan konflik kecil.

– Boleh menyelesaikan tugasan dengan bimbingan, tetapi kurang keyakinan untuk mencuba sendiri.

– Perkembangan akademik konsisten tetapi perlu pengukuhan dalam sebutan dan logik asas.

– Boleh mengikut arahan, namun masih perlu dipantau untuk menyempurnakan tugasan dengan baik.

– Menunjukkan minat belajar, tetapi memerlukan lebih galakan untuk berani mencuba sesuatu yang baharu.

– Berpotensi untuk mencapai tahap lebih tinggi dengan sokongan dan pemantauan berterusan dari rumah.

3. Ulasan Untuk: Murid Cemerlang (Berprestasi tinggi, berdisiplin dan berdikari)

– Telah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan lancar dan tepat.

– Sentiasa bersemangat untuk belajar dan aktif dalam setiap aktiviti kelas.

– Mampu menyampaikan idea secara jelas dan yakin di hadapan guru serta rakan.

– Tugasan disiapkan dengan kemas, teratur dan menunjukkan kreativiti.

– Menunjukkan penguasaan yang baik dalam konsep asas Matematik dan Sains awal.

– Suka membantu rakan-rakan dan menunjukkan nilai murni dalam interaksi sosial.

– Cepat faham arahan dan mudah menyesuaikan diri dalam aktiviti berkumpulan.

– Kreatif dan sering menghasilkan kerja yang unik dan penuh imaginasi.

– Sentiasa ingin tahu dan gemar bertanya untuk memperluaskan pengetahuan.

– Murid serba boleh – cemerlang dalam akademik, sahsiah dan komunikasi. Berpotensi besar untuk terus cemerlang ke tahap seterusnya.

ulasan guru

Foto: freepik

*Jadi buat guru semua yang kekeringan idea untuk memberikan ulasan kepada murid-murid, boleh gunakan contoh di atas ya!

Baca juga: “Hancur Hati Mummy..”- Murid Menangis Dikepung 4 Guru, Kena Tengking & Dituduh Penipu Di Kantin Sekolah

Sumber: Farrah Isa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×