Umum mengetahui, jika seorang isteri mengabaikan kewajipannya atau melakukan perkara yang dilarang dalam Islam, ia boleh tergolong sebagai dosa besar yang bukan sahaja merosakkan rumah tangga tetapi mendatangkan kemurkaan Allah. Berikut penulis kongsikan beberapa contoh dosa besar isteri terhadap suami yang perlu dijauhi.
Baca juga: Gurauan Yang Tidak Patut Berlaku Dalam Rumah Tangga, Kecil Hati Pasangan Bila Dengar
CONTOH DOSA BESAR ISTERI TERHADAP SUAMI YANG DILAKNAT ALLAH

Jika isteri mengabaikan tanggungjawab ini secara sengaja dan berterusan, ia boleh dianggap sebagai dosa besar.
1. Tak taat kepada suami
Jika seorang isteri enggan taat kepada suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syariat, ia boleh menjadi satu dosa besar. Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: ‘Masuklah ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu suka.” (Hadis Riwayat Ahmad)
2. Contoh dosa besar – derhaka dan bersikap kasar terhadap suami
Isteri sering bersikap kasar, menghina atau mengherdik suaminya tanpa sebab yang munasabah dianggap sebagai isteri yang nusyuz.
3. Tak layan suami tanpa sebab
Selain itu, contoh dosa besar isteri lakukan terhadap suami adalah apabila jika si isteri menolak ajakan suaminya untuk bersama tanpa sebab yang sah seperti uzur atau keletihan yang melampau.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu dia menolak sehingga suami tidur dalam keadaan marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga waktu subuh.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
4. Keluar rumah tanpa izin suami
Seperti mana kita tahu, seorang isteri wajib meminta izin suaminya sebelum keluar rumah kecuali dalam keadaan darurat atau keperluan yang mendesak.
ika dia keluar tanpa izin dengan niat membelakangi suaminya, dia boleh dianggap sebagai nusyuz.
5. Contoh dosa besar – buka aib suami dan rahsia rumah tangga
Isteri dilarang menceritakan aib suaminya kepada orang lain, lebih-lebih lagi perkara yang bersifat peribadi seperti hubungan rumah tangga.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama isterinya, kemudian dia menyebarkan rahsia peribadinya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Contoh dosa besar di atas ini bukan sahaja boleh menyebabkan kemurkaan suami tetapi juga membawa kepada kemurkaan Allah.
Jadi, para isteri di luar sana dinasihatkan agar berusaha untuk menjaga hubungan dengan suami dengan baik agar rumah tangga diberkati dan mendapat rahmat Allah.
Baca juga: Pusat Rawatan Kongsi ‘Rahsia’ Supaya Suami Tahan Lama, Guna 1 Barang Je Confirm Menjadi!
Sumber: Detik
