Dalam perkahwinan, suami tidak narsistik dan normal akan menunjukkan sikap seperti di bawah ini supaya rumah tangga yang dibina kekal bahagia.
Sekiranya suami anda ada sikap-sikap seperti di bawah, itu tandanya dia seorang lelaki yang normal dan mampu membina keluarga harmoni.
Baca juga: Kekuatan Isteri Jaga Suami Terlantar Raih Perhatian, “Jangan Pernah Putus Asa Kak…”
TANDA-TANDA SUAMI TIDAK NARSISTIK, INI BARU ‘NORMAL’

Tanda-tanda kita berkahwin dengan lelaki yang normal (tidak narsistik/ narcissistic)
1. Dia boleh meminta maaf
Tak berat nak keluarkan perkataan maaf.
2. Dia tak play victim
Dia tak salahkan kita atas semua perkara. Dia tak putar/tak manfaatkan keadaan. Tak manipulate kita.
3. Dia boleh dibawa berbincang
Suami boleh bertolak ansur dan dia tak pentingkan diri sendiri.
4. Pendengar yang baik
Dia seorang yang memahami.
5. Dia terima kesilapan bukan asyik nak menang
Kalau dia salah, dia boleh terima dan belajar dari kesilapan, bukan asyik cari alasan atau menegakkan benang yang basah.
6. Mampu jadi pasangan yang membina, bukan menghancurkan
Pasangan yang baik akan buat kita rasa lebih kuat, yakin, dan bahagia.
7. Dia tak perlu tundukkan kita untuk dapat penghormatan dari seorang isteri
Hormat diperolehi bukan dengan cara kekerasan, juga tak perlu paksa, psiko atau ugut orang tak habis-habis.
8. Tak ada tanda-tanda insecure dengan kita
Dia tak perlu nak insecure pun dengan seorang isteri.
9. Dia bertanggungjawab dan dia melindungi
Dia tahu tanggungjawab sebagai suami dan mampu membuatkan kita rasa selamat, bukan takut.
10. Dia adalah lelaki
Dia bukan pengecut.
11. Penuh dengan kasih sayang
Dia tak ego sampai ke langit.
12. Dia tidak terlalu mengongkong dan percaya kepada isteri
Dia tak rasa perlu mengawal setiap pergerakan atau keputusan isteri kerana yakin.
13. Kita boleh jadi diri kita sendiri
Bukan sampai kita hilang diri.
14. Perhubungan yang harmoni, bukan duduk dalam perkahwin toksik
Hubungan sepatutnya membahagiakan, bukan dipenuhi dengan pertengkaran.
15. Perkahwinan menjadikan kita lebih baik
Sama-sama jadi lebih baik.
16. Kita tak perlu jadi gila sebab seorang lelaki
Cinta tak sepatutnya buat kita derita. Kalau satu hubungan buat kita kehilangan diri sendiri, sentiasa tertekan, dan tak bahagia, itu bukan hubungan yang sihat.
Baca juga: Adat Perkahwinan Melayu Berbeza Dengan Sunnah Islam, Amalkan Yang Betul Baru Bahagia…
Sumber: Facebook Cinta Suami Isteri
Kredit imej: Haibunda
