Euforia Bola 2026
Didik

“2025 Pun Macam Ni?”- Takut Pelajar Ponteng Solat, Cikgu ‘Check’ Pad Pelajar Perempuan Dilapor SiSPAA

aduan SiSPAA

Dalam era pendidikan moden yang menekankan nilai profesionalisme, tindakan seorang guru di Kelantan yang didakwa memeriksa tuala wanita pelajar perempuan demi memastikan mereka tidak ponteng solat nyata mengejutkan ramai. Perkara itu tular di aplikasi Threads apabila seorang pengguna mendedahkan dirinya telah membuat aduan SiSPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam).

Ini sekaligus membuka perbincangan hangat mengenai batas etika dan hak privasi pelajar di sekolah. Dah tahun 2025 pun ada lagi macam ini?

Baca juga: Guru Hantar 18 Foto Murid Tak Siap Kerja Sekolah Dalam Group Whatsapp, Mak Ayah Report SiSPAA Kata ‘Aib’!

“PUAS HATI AKU”- BUAT ADUAN SiSPAA USTAZAH SUKA CHECK TUALA WANITA DENGAN PAKSA

aduan SiSPAA

Difahamkan, guru tersebut mengambil pendekatan ekstrem itu kononnya untuk mengesan pelajar yang memberi alasan haid semata-mata untuk mengelak daripada menunaikan solat. Namun tindakan itu segera mencetuskan kemarahan ramai, memandangkan ia menyentuh isu sensitif membabitkan privasi pelajar serta batas etika sebagai seorang pendidik.

Menurut perkongsian di Threads, individu yang membuat aduan berkenaan mengaku berpuas hati selepas guru tersebut dikatakan telah diarahkan bertugas ke kawasan pedalaman. Namun begitu, sebelum arahan pertukaran sempat dikuatkuasakan, guru terbabit dilaporkan memilih untuk meletak jawatan.

“Puas hati aku, memang aku buat aduan sebab cikgu ni suka check pad budak. Katanya takut budak sengaja elak solat. Dengar cerita nak hantar ke pedalaman, tapi tak sempat — dah resign dulu,” tulis pengadu dalam perkongsiannya.

DAH JADI PENCEROBOHAN PRIVASI…

aduan SiSPAA

Foto: freepik

Tindakan guru itu menimbulkan persoalan besar terhadap kesesuaian pendekatan yang digunakan. Meskipun niat asal mungkin untuk mendidik, namun cara yang dipilih nyata melangkaui batas dan boleh dianggap sebagai satu bentuk pencerobohan privasi.

Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut, malah ada yang menyifatkan kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dalam era 2025 yang menekankan nilai empati dan profesionalisme dalam dunia pendidikan.

*Pendekatan didik anak zaman sekarang dan dulu sudah berbeza, jadi kita tak boleh nak guna pendekatan yang sama kerana nanti kita ‘merana’…

Baca juga: Papar Visual Aneh & Mengarut, Kartun Viral ‘Tung Tung Sahur’ & ‘Tralalero Tralala’ Boleh Rosakkan Otak Anak!

Sumber: Threads @hanibalqiss

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×