Isu cerai talak tiga kerana taruhan bola sepak menjadi perhatian selepas satu perkongsian di aplikasi Threads mendedahkan luahan seorang wanita yang mendakwa suaminya membuat lafaz cerai sebagai syarat pertaruhan bersama rakan-rakan.
Menerusi perkongsian tersebut, seorang pengguna dikenali sebagai Raudhah berkongsi mesej daripada rakannya yang meminta pandangan selepas suaminya dikatakan membuat pertaruhan melibatkan rumah tangga mereka.
CERAI TALAK TIGA GARA GARA ARGENTINA TEWAS

Menurut mesej yang dikongsikan, wanita itu meminta bantuan selepas mendakwa suaminya berjanji akan menceraikannya dengan talak tiga sekiranya Argentina tewas kepada Sepanyol.
Dalam mesej tersebut, wanita berkenaan meluahkan kebimbangan sama ada lafaz berkenaan sudah menyebabkan jatuh talak atau sebaliknya.
“Kak apa saya nak buat, suami saya bertaruh dengan kawan-kawan dia. Kalau Argentina kalah dengan Spain, dia ceraikan saya talak 3. saya rasa dah jatuh talak 3,” luahnya risau.
Dia turut memaklumkan suaminya pulang ke rumah dalam keadaan emosi selepas perkara itu berlaku. Menjawab luahan rakannya itu, Raudhah mengingatkan supaya isu tersebut tidak dipandang ringan kerana ia melibatkan hukum rumah tangga.
Menurutnya, perkara berkaitan lafaz talak perlu dirujuk kepada pihak yang arif seperti pejabat agama bagi mendapatkan penjelasan yang tepat.
“Pergi pejabat agama tanya. Lagi mudah, boleh faham. Akak cakap risau, Lin tak faham maksud akak,” pesan Raudhah.

Raudhah turut menawarkan untuk menemani rakannya mendapatkan penjelasan, namun menyarankan supaya mendapatkan bantuan individu lain terlebih dahulu kerana kekangan masa.
Lafaz talak bukan perkara untuk dipermainkan
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang meluahkan rasa kesal apabila lafaz cerai dijadikan bahan pertaruhan.
Ramai mengingatkan bahawa isu perceraian bukan sesuatu yang boleh dipermainkan kerana ia melibatkan hukum, maruah serta masa depan sesebuah keluarga.
Status sebenar mengenai lafaz talak dalam situasi tersebut perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agama untuk menentukan kedudukannya berdasarkan keadaan dan butiran sebenar kejadian.
Baca juga: Penyewa Dari Neraka! Tinggalkan 30 Kucing Mati Dalam Rumah, Puluhan Lagi Lemah & Tidak Terurus
Sumber: Threads Raudhah 24
