Euforia Bola 2026
Sihat

Darah Tinggi Boleh Jadi ‘Silent Killer’, Sebelum Jadi Mangsa Cegah Guna Coklat Ini!

cegah darah tinggi

Cegah darah tinggi dari awal adalah lebih baik kerana penyakit ini sering dianggap sebagai ‘silent killer’? Ini kerana ramai orang tidak menyedari mereka menghidap masalah ini sehinggalah sesuatu yang serius berlaku seperti salur darah otak pecah, menyebabkan strok atau serangan jantung secara tiba-tiba.

Tanpa simptom yang jelas, ramai yang terkejut apabila diuji atau selepas mengalami komplikasi kesihatan yang tidak dijangka.

Baca juga: Awas! Penapis Air Boleh Buat Susah Tidur & Otot Kejang, Air Bersih Tapi ‘Kosong’!

CEGAH DARAH TINGGI GUNA COKLAT INI, ELAK JADI SILENT KILLER

CEGAH DARAH TINGGI

Freepik

Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya, apabila tekanan darah sentiasa tinggi, dinding pembuluh darah akan tertekan dan menjadi lemah.

Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan pembuluh darah pecah, terutama di bahagian otak atau jantung. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh membawa maut dalam sekelip mata tanpa sebarang tanda awal yang ketara.

Kajian menunjukkan bahawa nitric oxide (NO) memainkan peranan penting dalam membantu melonggarkan pembuluh darah, sekaligus membantu menurunkan tekanan darah secara semula jadi. Bila pembuluh darah lebih rileks dan elastik, aliran darah menjadi lebih lancar dan jantung tidak perlu bekerja terlalu keras.

Salah satu ikhtiar yang mudah dan sedap adalah dengan mengambil dark chocolate (coklat gelap) secara berkala dalam kuantiti sederhana.

CEGAH DARAH TINGGII

Freepik

“Tekanan darah tinggi ni boleh jadi silent killer. Ramai orang tak sedar tekanan darah mereka tinggi. Sehinggalah pembuluh darah di otak pecah. Cara elak ialah naikkan nitric oxide dalam tubuh. Semudah minum/makan dark chocolate. Berikhtiarlah,” jelasnya.

Dark chocolate yang tinggi kandungan flavanol membantu meningkatkan penghasilan nitric oxide dalam badan. Ia juga mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung dan peredaran darah.

Anda dinasihatkan untuk memilih dark chocolate yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko untuk kesan terbaik.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah tidak semestinya susah. Kadang kala, langkah kecil seperti makan sekeping coklat gelap setiap hari untuk cegah darah tinggi, boleh menjadi permulaan kepada perubahan besar.

Baca juga: Selalu Rasa Jantung Berdebar Setiap Kali Minum Kopi, Ternyata Bukan Anxiety Tapi Ada Masalah Ini!

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×