Euforia Bola 2026
Nur

Panduan Cari Barang Hilang Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi, Hari Ini Hilang Esok Dah Jumpa!

cari barang hilang

Cari barang hilang di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi yang terletak di Madinah, bukanlah satu perkara yang mudah kerana faktor keluasannya sehingga ramai yang mengambil tindakan untuk meredakan.

Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan pejabat khas yang mengumpulkan barang-barang hilang, yang dijumpai oleh jemaah untuk dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Baca juga: 5 Posisi Hubungan Intim Yang HARAM Dalam Islam, Niat Romantis Tapi Sebenarnya Salah!

PANDUAN CARI BARANG HILANG DI MAKKAH & MADINAH

cari barang hilang

Lost and Found di Makkah.

Pejabat khas yang diwujudkan oleh kerajaan Arab Saudi itu dikenali sebagai ‘Lost and Found’. Sekali gus, memberikan harapan kepada mereka yang kehilangan barang untuk menemukannya kembali.

Menerusi video perkongsian @ummamekah di Instagram, dia memberitahu lokasi pejabat itu berada berdekatan pintu keluar Sai dan Marwah.

Para jemaah boleh mencari bangunan bertanda WC 9 untuk menemui lokasi berkenaan kerana ia berada berdekatan dengan bangunan terbabit.

Malah, anda tidak perlu menunjukkan identiti dan maklumat diri tetapi hanya perlu memberitahu barang apa yang hilang. Kemudian, petugas di situ akan bantu mencari di tempat pengumpulan barang hilang.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Umma (@ummamekkah)

Baca juga: Dr. Ahmad Sanusi Tegaskan Jangan Normalisasi Maksiat, Tak Payah ‘Ship Couple’ Belum Kahwin

Baca juga: 5 Doa Untuk Tarik Ramai Pembeli Datang Semasa Menjual, Membuak-Buak Rezeki!

Laluan lain ke ‘Lost and Found’ Masjidil Haram & Masjid Nabawi

cari barang hilang

Lost and Found di Madinah.

Sementara itu, di laman Instagram @ikhlasdotcom, berkongsikan bahawa para jemaah di Masjid Nabawi, Madinah boleh menggunakan laluan yang dinyatakan seperti di bawah untuk ke pejabat ‘Lost & Found’:

  • Pintu 28 (Pagar 338) untuk jemaah wanita
  • Bangunan 1 (Pagar 367) untuk jemaah lelaki

Manakala, di Masjidil Haram, Makkah pula lokasi pejabat ‘Lost & Found’ adalah di bahagian luar Marwah di aras atas tandas wanita.

Jadi, anda boleh cari semula barangan yang hilang di pejabat ini.

Baca juga: Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!

Sumber:  Instagram @ummamekah / Instagram @ikhlasdotcom /

FT Image: Instagram @ummamekah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×