Euforia Bola 2026
Deko & Hias

‘Step By Step’ Tukar Kapasitor Kipas Siling, Kelajuan 1 Rasa Macam Angin Turbo!

kapasitor kipas siling

Kelajuan dah tahap 5, tapi angin kipas siling masih tak terasa, sehinggakan ingin membeli yang baru. Melalui satu hantaran yang kini mendapat lebih 2 ribu perkongsian di Facebook, penyelesaian kepada masalah ini adalah kapasitor kipas siling.

Tak perlu anda berhabis duit untuk membeli kipas siling yang baru. Jom pelajari cara tukar kapasitor kipas siling seperti dikongsikan Catren Tonduk di bawah.

Baca juga: Cara Buat Lilin DIY Guna Pengorek Telinga, Penyelamat ‘Black Out’ Tengah Malam!

CARA TUKAR KAPASITOR KIPAS SILING, BARU RASA ANGIN LAJU

kapasitor kipas siling

Gambar: Catren Tonduk

Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pun angin macam malu nak keluar. Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor (kapasitor) sahaja!

Capacitor ini macam hos paip, kalau tak elok air akan meleleh sahaja keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar dan arus padat.

Baca juga: Jangan Fokus Cantik Je, Lelaki Ini Saran Labur Lebih Pada Pendawaian Dapur & Ini Sebabnya!

Saya kongsi ‘step by step’ tukar kapasitor untuk kipas jenis standard:

  1. Buka ‘housing’ kipas (ada 1 skru di bahagian atas).
  2. Tanggalkan kapasitor lama.
  3. Potong wayar kapasitor yang bersambung dengan wayar bumi dan ‘supply’ (kapasitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana-mana saja yang anda suka).
  4. Gantikan kapasitor baru, sambungkan semula wayar bumi dan wayar ‘supply’.
  5. Tutup kembali ‘housing’ kipas.

Baca juga: 5 Tips Kemas Rumah Cepat-Cepat, Bila Tetamu Nak Datang ‘Last Minute’!

Nota:

Peralatan yang diperlukan pemutar skru atau / pen penguji (test pen) dan  pemotong wayar.  Kipas laju semula macam baru  dan jimat duit korang. Selamat mencuba!

kapasitor kipas siling

Gambar: Catren Tonduk

Baca juga: Tips Baiki Helaian Bucu Buku Terlipat & Cara Kemas Balut Tulang Buku Teks Agar Tak Rosak!

Sumber: Catren Tonduk

FT Image: Penulis / Catren Tonduk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×