Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Kipas Siling Tiba-Tiba ‘Slow’, Ini Cara Lajukan Berdesup Macam Kipas Helikopter!

cara lajukan kipas siling

Kipas siling di dalam rumah akan ada masanya secara tiba-tiba berputar sedikit perlahan. Disangkakan hanya berpunca dari habuk yang banyak, rupanya berpunca dari masalah lain. Sebelum anda memilih untuk tukar yang baharu, ada cara lajukan kipas siling ini tanpa menelan belanja yang banyak.

Jadi, berikut merupakan perkongsian tips untuk lajukan kipas siling di rumah. Kalau si suami nak dapatkan pujian isteri, inilah masanya untuk tunjuk kepakaran teknikal!

Baca juga: Rahsia Rumah Bau Harum Semerbak Macam Hotel Guna Limau Nipis, Jiran Pun Tegur!

CARA LAJUKAN KIPAS SILING YANG SLOW JADI LAJU!

cara lajukan kipas siling

Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi-sepoi bahasa saja. Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ini macam hos, kalau tak elok, air akan meleleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.

Saya kongsi step-by-step tukar capacitor untuk kipas standard:

1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)

2. Tanggalkan capacitor lama

3. Potong wayar capacitor yang bersambung dengan earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana-mana hujung kemudiannya)

4. Gantikan capacitor baharu, sambungkan semula wayar earth & wayar supply.

5. Tertib

cara lajukan kipas siling

Nota: Jangan lupa Bismillah dan peralatan screw driver/test pen & wire cutter. InsyaAllah kipas laju semula macam helikopter. Barulah sejuk!

Baca juga: DIY Litter Box Najis Kucing Dengan Bajet Hanya RM10, Rumah Tak Bau Busuk!

Sumber: Kamariah Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×