Euforia Bola 2026
Dapur

Wanita Dedah Periuk Nasi Lebih Cepat Empukkan Daging, Orang Tak Ada Gigi Selamat Makan!

cara lembutkan daging

Selain menggunakan pressure cooker, ada individu menggunakan petua sudu dan garfu untuk melembutkan daging. Sebenarnya, ada kaedah lain lagi tentang cara rebus daging liat sampai cepat empuk iaitu dengan menggunakan periuk nasi.

Ilmu ini telah didedahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama MilaRina Jesse FJ. Menurutnya, penggunaan periuk nasi membuatkan daging benar-benar lembut hingga orang tiada gigi pun boleh menikmatinya.

Baca juga: Resipi Rendang Ikan Tongkol Pedas Menyengat, Bertambah Tak Ingat Dunia!

CARA REBUS DAGING BAGI LEMBUT GUNA PERIUK NASI

cara lembutkan daging

Gambar: MilaRina Jesse FJ

Saya ternampak satu video di TikTok, cara empukkan daging tanpa ‘pressure cooker‘ dan tanpa letak sudu garfu segala bagai. Hanya pakai periuk nasi sahaja.

Cara-caranya:

  1. Tuang semua bahan-bahan ke dalam periuk nasi.
  2. Masukkan sedikit air dan jangan terlampau banyak sebab akan ada air daging itu sendiri (elak tumpah air macam saya).
  3. Lepas itu, tekan ‘on’ suis masak nasi dan biarkan ia masak.

Sempat untuk buat kerja-kerja lain.

  1. Bila sudah ‘keep warm’, keluarkan ia dan masak pula di dalam kuali untuk biarkan lebihan-lebihan air yang ada menjadi kering.
  2. Masa ini, masukkan garam apa semua.

Daging memang lembut! Tiada gigi pun boleh makan. Saya pakai daging Alana 11 pun lembut gila. Tak payah daging batang pinang segala.

Silakan mencuba!

Baca juga: Petua Simpan LEBIHAN Daun Ketumbar & Bawang, Biar Sebulan Pun Masih Segar Lagi!

Baca juga: Cara Simpan Bahan Mentah ‘3T’, Simpan Lama-Lama Pun Tak Masam & Buruk!

Ramai warga maya setuju dengan penggunaan periuk nasi 

Melihat di ruangan komen hantaran tersebut, ternyata ramai yang mengakui bahawa penggunaan periuk nasi sebenarnya snagat membantu untuk mengempukkan daging liat. Hasilnya sangat memuaskan!

“Dah lama guna cara itu, hasilnya memang memuaskan.

“Ya betul…saya memang pakai periuk nasi untuk melembutkan daging dan paru. Bahkan, rebus nasi himpit pun.

“Saya dah bertahun buat cara ini tapi saya tak tutup periuk, biarkan terbuka dan rebus sahaja. Ia tak melimpah, daging pun cepat je empuk.

“Saya guna cara ini untuk buat rendang ayam pencen baru-baru ini .Ayam rendang lembut dan sedap. Alhamdulillah.

“Samalah. Masak ayam tua pun guna periuk nasi sekejap dah lembut.

“Iya saya pun guna cara begini, senang sikit buat kerja tak takut terlupa masak di dapur gas,” antara testimoni yang dikongsikan pelayar lain.

Baca juga: Risau Tetamu ‘Open House’ Tak Cukup Makan, Wanita Ini Kongsi Sukatan Bahan Untuk 50 Pax!

Sumber: MilaRina Jesse FJ

FT Image: MilaRina Jesse FJ / Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×