Baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan secara rasmi Kad Pekerja Madani sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025.
Untuk pengetahuan anda, Kad Pekerja Madani merupakan satu usaha daripada kerajaan Malaysia yang dikhususkan kepada ahli kesatuan sekerja, bertujuan memberi pelbagai kemudahan dan diskaun melalui lebih 100 syarikat yang mengambil bahagian di seluruh negara. Macam mana nak dapatkan?
Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!
KAD PEKERJA MADANI BOLEH DAPAT 30%, MACAM MANA NAK MOHON?

Kad ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan golongan pekerja, di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup dengan tawaran potongan harga sehingga 30% bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Jika anda masih ragu-ragu untuk mendaftar, berikut adalah beberapa kelebihan yang boleh dinikmati dengan memiliki Kad Pekerja Madani:
1. Diskaun hingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama terkenal seperti:
– AEON
– Mydin
– Jakel
– Giant
– Lotus’s
– Marrybrown
– Zus Coffee
– Old Town White Coffee
– Genting
– SOCAR
– Bateriku
2. Tawaran eksklusif untuk servis kenderaan, keperluan asas harian, perkhidmatan rutin, serta akses ke promosi acara dan servis peribadi
3. Peluang mengikuti latihan kemahiran bersubsidi dan program pembangunan profesional
4. Bantuan kebajikan dan perlindungan sosial termasuk khidmat kecemasan dan rawatan kesihatan
Syarat & Cara Permohonan

Sekiranya anda berminat untuk memohon Kad Pekerja Madani, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan. Namun begitu, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut bagi melancarkan proses permohonan:
– Merupakan warganegara Malaysia
– Ahli aktif dalam mana-mana kesatuan sekerja yang berdaftar serta disahkan oleh pihak kesatuan
– Tiada bayaran pendaftaran dikenakan kerana program ini sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan
Permohonan Kad Pekerja pula boleh dibuat secara dalam talian dengan cara berikut:
1. Layari portal rasmi Kad Pekerja Madani
2. Tekan butang “Daftar Sekarang” di bahagian atas skrin anda.
3. Isi maklumat peribadi, maklumat kesatuan dan maklumat majikan yang diminta.
4. Hantar permohonan untuk disemak dan disahkan oleh kesatuan sekerja.
5. Setelah diluluskan, kad digital akan diterima dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas kod QR atau menunjukkan kad digital.
*Selamat memohon!
Baca juga: Berita Baik! Penghidap 3 Jenis Penyakit Mental INI Layak Untuk Mohon Bantuan MySalam
