Mulai 25 September, semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif boleh membuat semakan kelayakan di https://www.budi95.gov.my, dan sekiranya layak anda akan automatik menikmati subsidi petrol BUDI95 pada harga RM1.99 seliter.
Kalau anda masih tertanya-tanya macam mana nak guna, min akan ajar langkah demi langkah supaya tak ada masalah di stesen minyak nanti.
1. Siapa yang layak nikmati BUDI MADANI RON95?

Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif secara automatik layak untuk subsidi ni.
Inisiatif ini jelas memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat Malaysia, termasuk golongan pelajar.

Pelajar Universiti Awam, Muhamad Aiman Haqim 24
“Bagi saya, ini sangat meringankan beban pada saya yang belum ada pendapatan tetap, terutamanya bila perlu ulang-alik ke kampus setiap hari. Cukup dengan MyKad dan lesen sah, saya boleh menikmati harga subsidi ini.” kata Muhammad Aiman Haqim.
Subsidi ini hanya untuk rakyat Malaysia. Bukan warganegara akan dikenakan harga pasaran penuh.
2. Apa yang diperlukan untuk guna subsidi ini?
Dua benda sahaja. Cukup mudah:
- MyKad – pastikan cip MyKad berfungsi. Kalau sebelum ni pernah digunakan untuk SARA atau Penghargaan SARA, ia sah dan boleh digunakan di pam minyak.
- Lesen memandu aktif – kalau lesen dah expired, pastikan renew segera. Tanpa lesen aktif, anda tak layak untuk nikmati subsidi.
3. Macam mana cara isi minyak guna MyKad?

Prosesnya ringkas sahaja, sama macam isi minyak biasa.
- Sampai di pam, pilih minyak RON95.
- Masukkan MyKad ke mesin pengesahan.
- Pilih jumlah liter atau tekan “max” ikut kelayakan bulanan anda.
- Sistem automatik kira harga subsidi RM1.99 seliter.
- Buat bayaran macam biasa. Boleh guna aplikasi Touch ‘n Go, Setel, CaltexGO atau Shell App (akan datang)
Selepas selesai mengisi petrol, resit akan tunjukkan dengan jelas:
- Nilai transaksi pada harga pam;
- Nilai subsidi yang ditanggung Kerajaan; dan
- Jumlah sebenar yang anda bayar pada harga RM1.99 seliter.

Senang kan? Tak sampai seminit pun untuk verify. Stesen minyak juga akan ada poster panduan dan staf bersedia membantu, jadi langkah seterusnya akan lebih mudah dan hassle-free.
4. Berapa banyak liter yang anda dapat?
Setiap rakyat Malaysia diberi had kelayakan 300 liter sebulan. Menurut kajian, jumlah ni mencukupi untuk 99% pemandu persendirian. Kalau anda pemandu pengangkutan awam, ada pilihan untuk mohon tambahan liter melalui portal rasmi.
5. Nak semak baki bulanan?
Kalau nak tahu baki liter anda bulan bulan tu, boleh semak terus di portal rasmi www.budimadani.gov.my. Senang untuk track penggunaan dan elak terlebih daripada had 300 liter.
Subsidi tepat sasaran, manfaat terus kepada rakyat!
BUDI MADANI RON95 direka untuk pastikan subsidi sampai ke tangan yang berhak iaitu rakyat Malaysia. Bermula 30 September 2025, jangan lupa semak MyKad dan lesen memandu dan mula nikmati harga minyak RM1.99 seliter, eksklusif untuk rakyat Malaysia!
Layari www.budi95.gov.my untuk semakan kelayakan dan maklumat lanjut.
#BudiMadaniRON95 #ManfaatRakyat
