Euforia Bola 2026
Asuh

7 Cara Selamatkan Anak Lelaki Dari Pergaulan Songsang Sejak Kecil, Ibu Ayah WAJIB Baca Ini

cara didik anak lelaki

Zaman sekarang, cara didik anak lelaki perlu diubah 360 darjah kerana terdapat pelbagai ancaman bukan sahaja datang dari luar rumah malah dari dalam rumah juga. Contohnya, dalam telefon bimbit, dalam permainan digital dan kartun pun sudah ada unsur yang boleh memesongkan fitrah mereka.

Oleh itu, seorang bekas guru berkongsi panduan yang sangat bernilai tentang bagaimana ibu ayah boleh melindungi anak lelaki sejak kecil, sebelum mereka terjebak dalam pergaulan yang merosakkan iaitu ‘songsang’.

Baca juga: “MasyaAllah Comelnya!”- Tengku Muhammad Johan Petra Masuk Prasekolah Montessori, Belajar 3 Bahasa Sekaligus!

CARA DIDIK ANAK LELAKI SUPAYA TIDAK MUDAH TERPENGARUH DALAM PERGAULAN SONGSANG!

cara didik anak lelaki

Foto: freepik

Ini antara tip penting yang mak ayah boleh mula buat hari ini.

1. Ajarkan ‘Body Boundaries’ Sejak Kecil — Anak Lelaki Pun Ada Hak Pada Tubuh Mereka

Ramai mak ayah hanya fokus ajar anak perempuan bab keselamatan tubuh, tapi lupa bahawa anak lelaki pun sama penting. Ajar anak tentang Body Safety Literacy:

  • Siapa yang boleh sentuh tubuh mereka.
  • Bahagian mana tak patut disentuh sesiapa.
  • Rakan sebaya ada batas.
  • Ajak ke bilik gelap: Red flag.
  • Gurauan melibatkan tubuh : NO.
  • Apa-apa situasi yang buat dia rasa pelik, terus lari dan beritahu ibu ayah.

Kalau anak tidak ada ilmu ini, mereka tak akan sedar apabila seseorang sedang cuba mengambil kesempatan.

2. Bina Hubungan Rapat Dengan Anak (Relationship Before Rules)

Anak lelaki yang tak rapat dengan ibu ayah cenderung mencari ‘hubungan’ di luar dan bahaya apabila yang memberi perhatian itu berniat tidak baik. Oleh itu dari kecil, jadilah:

Apabila hubungan rapat, ‘dunia luar’ susah masuk. Apabila hubungan jauh, pengaruh luar masuk tanpa halangan.

3. Tanam Identiti Fitrah Lelaki (Identity Clarity)

Anak lelaki yang tidak jelas identiti dirinya sangat mudah dipengaruhi:

  • Bila dipuji, dia ikut.
  • Bila diberi perhatian, dia terikat.
  • Bila nampak gaya hidup ‘cool’, dia mudah hanyut.

Identiti lelaki perlu dibentuk dari rumah melalui contoh ayah, pujian yang betul, tugasan yang memupuk tanggungjawab, dan penerimaan diri. Apabila identiti kuat, anak lebih sukar dimanipulasi atau ditarik ke arah yang songsang.

4. Dipantau Penggunaan Skrin Dengan Strategi (Screen With Supervision)

Ini bahagian paling kritikal sekarang. Konten songsang muncul dalam:

  • Kartun
  • Meme
  • Video pendek
  • Influencer
  • Game online

Lakukan Digital Shielding:

  • Pasang parental control
  • Jangan benarkan bajet dibawa masuk bilik
  • Terangkan kenapa, bukan sekadar melarang
  • Ajar anak terus ‘reject’ bila nampak benda pelik
  • Semak history gajet sekali-sekala
  • Beri garis panduan tentang apa patut ditolak dari senarai tontonan

Ibu ayah bukan perlu jadi polis tapi jadi coach dunia digital.

5. Jaga Kelompok Kawan Anak Lelaki (Peer Influence Filter)

Kawan adalah pengaruh paling kuat.

Kelompok baik : Perangai ikut baik.
Kelompok pelik : Perangai pun boleh berubah pelik.

Perhatikan:

  • Dengan siapa dia selalu berhubung.
  • Rakan game yang dia selalu bermain bersama.
  • Siapa ajak telefon malam-malam.
  • Siapa selalu kongsi konten pelik atau mencurigakan.

Kelompok kawan atau ‘circle’ boleh bentuk masa depan anak sama ada stabil atau sebaliknya.

6. Normalisasikan Perbualan Sensitif Dengan Bahasa Yang Sesuai

Topik tentang seksualiti atau pergaulan songsang bukan lagi boleh dianggap tabu. Kalau ibu ayah diam, anak akan belajar dari media atau kawan dan itu lebih bahaya! Anak tak perlukan ceramah panjang, apa yang mereka perlukan:

  • Bahasa yang mudah faham,
  • Nada yang tidak menghakimi,
  • Ruang untuk bertanya,
  • Rasa selamat untuk bercerita.

Bila kita buka pintu komunikasi, anak tak akan cari jawapan di tempat yang salah.

7. Doa Mak Ayah — Perisai Yang Kita Tak Nampak

Kita tak boleh pantau anak 24 jam, kita tak boleh tapis semua konten dan kita tak boleh baca hati mereka. Tapi Allah boleh. Jadi ini doa khusus untuk anak lelaki yang mak ayah boleh baca:

“Ya Allah, peliharalah anak lelaki ini daripada fitnah akhir zaman.
Jauhkan dia daripada kecelaruan fitrah.
Peliharalah maruahnya, akhlaknya, hatinya dan fikirannya.
Jadikan dia lelaki yang Engkau jaga, bukan lelaki yang dunia rosakkan.”

cara didik anak lelaki

Foto: freepik

Kesimpulannya, membesarkan anak lelaki pada zaman sekarang memerlukan strategi dan kesedaran yang tinggi. Mak ayah bukan sekadar pantau tapi bimbing, dekatkan diri, bentuk karakter, dan sertai dunia mereka…InsyaAllah lebih sukar dipengaruhi ke arah yang merosakkan.

Baca juga: Program ‘Self Healing’ Songsang Dapat Kecaman, Ajar Isteri Puaskan Diri Sendiri & Selit Unsur Syirik!

Sumber: Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×