Euforia Bola 2026
Nur

Guna Tandas Duduk Tak Cuci Bersih, Jadi Punca Najis Melekat & ‘Makhluk Terjelir’ Ikut Belakang

tandas duduk

Penggunaan tandas duduk sudah mendapat permintaan yang tinggi dan ramai tidak lagi menggunakan tandas mencangkung. Hal ini kerana, tandas duduk dikatakan lebih mudah terutama sekali buat anda yang ada masalah sakit lulut. Namun, tanpa kita sedar, ada sisi buruk penggunaanya jika anda tidak cakna tentang tahap kebersihan terutama sekali tandas awam.

Bagaimana cara anda menggunakan tandas duduk? Adakah anda yakin sudah mencuci bahagian sulit dengan betul? Bagaimana cara dan mencucinya dan adakah tiada bekas najis yang melekat di badan atau pakaian? Kisah ‘gangguan’ di bawah mungkin akan membuka mata anda!

Baca juga: Cara Berubat Dengan Betul Guna Air Hujan, Jangan Terkejut Tiba-Tiba Rasa Mual Kerana Itu PETANDA!

TANDAS DUDUK TAK DICUCI DENGAN BERSIH, NAMPAK ‘MAKHLUK’ IKUT BELAKANG

tandas duduk

Wanita ini berkongsikan tentang kisah zaman belajarnya apabila ada seorang pelajar yang sering mengalami gangguan dan tak kusyuk dalam solat. Rupa-rupanya, semua jenis ‘gangguan’ ini berpunca daripada penggunaan tandas duduk yang tidak betul-betul bersih.

“Saya nak cerita satu kisah yang berlaku lama dahulu. Seorang pelajar ini mengadu pada ustazah tempat saya belajar (hostel) bahawa dia tidak mampu kusyuk dalam solat. Selalu letih dan sakit urat, selalu kena tindih ‘hantu’ semasa tidur dan pelbagai lagi gangguan yang terpaksa dia hadap. Ustazah menasihati supaya dia sentiasa membaca AL Quran dan menghafal ayat-ayat pendinding diri.

Jika tidak dapat kusyuk dalam solat itu adalah perkara ‘biasa’ sekurang-kurangnya kita solat. Cuma yang menjadi tanda tanya saya adalah mengenai lain-lain aduan. Bukan saya nak menyibuk dalam hal dia cuma rasa tak tenteram setiap kali dia selesai menggunakan tandas.

Satu hari saya beranikan diri untuk ikut dia ke tandas. Hari yang saya pilih adalah ketika saya period sebab ketika itulah hijab saya akan terbuka dengan jelas setelah ayah bawa saya ke Kelantan untuk tutup hijab (hanya seketika kemudian terbuka semula sehingga kini).”

Oleh disebabkan wanita bernama Sopiah ini hijabnya terbuka, makan matanya boleh nampak perkara-perkara halus. Sangat mengejutkan apabila dia mengikut pelajar tersebut ke tandas, terlihat banyak makhluk halus yang ikut di belakang kerana tuan badan tidak mencuci najis dengan bersih!

“Masa itu ramai yang menggunakan tandas kerana Mahgrib hampir tiba. Saya hanya berdiri di tepi tiang untuk bagi laluan mereka yang boleh solat mandi. Sedang saya termenung menunggu giliran tiba-tiba telinga saya terdengar suara ‘Ngeeeek… Ngeeekkkk… Ngeeeek’. Bunyinya sama seperti kita buka pintu yang dah berkarat. Tidak lama kemudian dia dan kawan-kawannya keluar daripada tandas dan ada makhluk yang hampir sama dalam gambar itu mengikuti mereka sehingga ke bilik. Saya hanya mendiamkan diri dan memerhati daripada jauh.”

“Ketika pelajar tadi keluar daripada toilet, saya lihat makhluk tersebut menghidu punggung pelajar itu seperti anjing menghidu bau. Meleleh air ludahnya dan baunya sangat busuk. Saya tidak tunggu lama, kalau nak bergaduh pun saya tak kisah. Saya tahan pelajar itu daripada keluar dan bertanya bagaimana cara dia membersihkan kotoran selepas membuat hajat. Mujur dia tidak melenting sebab dia dah letih nak layan semua gangguan itu.”

JANGAN CUCI HANYA BAHAGIAN SULIT SAHAJA, CUCI SECARA KESELURUHAN

tandas duduk

Menurut Sopiah, rupanya pelajar itu hanya mencuci di bahagian sulit sahaja tanpa mencuci keseluruhan di kawasan punggung. Dia fikir, tandas kelihatan bersih maka tidak perlu lagi mencuci kawasan punggung. Silap besar jika semua fikir begitu. Kita kena bersihkan keseluruhan kawasan sulit dan punggung kita supaya bersih keseluruhannya walaupun hanya membuang air kecil.

Bayangkan sebelum kita menggunakan tandas, orang lain masuk, duduk dan kencing atau berak, bayangkan jika dia hanya mencuci bahagian sulitnya sahaja tanpa membersihkan sekitar bibir tandas. Adakah anda yakin tandas itu bersih? Kemudian tanpa menjirus semula dengan air bersih, kita pula yang duduk. Usai melepaskan hajat, anda juga hanya cuci bahagian tertentu sahaja. Bagaimana dengan keadaan belakang punggung? Khususnya kaum wanita.

“Lagi menyedihkan ada yang sanggup bersandar pada penutup tandas untuk berasa selesa. Bagaimana dengan tudung awak? Rambut awak? Baju awak? Tidakkah akan terkena pada penutup tandas? Jika orang baik menggunakan tandas, mereka akan cuci sehingga yakin bersih, tapi jika sebaliknya? Hanya cuci kemaluannya sahaja? Bagaimana dengan kebersihan tandas tersebut? Apatah lagi selepas kaum lelaki yang guna untuk kencing dimana segelintirnya ambil sambil lewa sahaja bab kebersihan tandas. Ada juga yang hanya menggunakan tisu menggantikan air. Bagaimana dengan sisa yang mereka tinggalkan?”

Dia memberitahu selepas memberi nasihat tentang adab menggunakan tandas duduk sebegitu, gangguan yang berlaku semakin pulih. Penting untuk kita jaga kebersihan diri, tanggal seluar/kain sepenuhnya ketika membuang hajat kerana bimbang percikan najis terkena pakaian (bukan buka separuh atau sangkut pada kaki sahaja).

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 9 Lokasi ‘Keras’ Dalam Malaysia, Yang Akhir Sekali Baru Dirobohkan & Ada Bau Wangi…

Sumber: Sopiah Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×