Euforia Bola 2026
Dapur

Petua Cuci Kerang Berlumpur Teruk, 2 Bahan Ini Boleh ‘Muntah’ Segala Isi Perut Yang Kotor!

cara cuci kerang

Cara cuci kerang dengan betul sangat penting bagi memastikan hidangan laut ini bersih, sedap dan selamat dimakan. Ramai yang mengeluh apabila isi kerang yang dimasak masih berpasir atau berlumpur, meskipun sudah dibasuh berkali-kali.

Namun, seorang pengguna Facebook, Shamsiah Mohamad, tampil berkongsi satu petua tradisional yang mudah tetapi sangat berkesan untuk menyelesaikan masalah ini.

Baca juga: Perapan Rempah Daging & BBQ Istimewa Ala Kenduri Kampung, Wajib Cuba Raya Korban Kali Ini!

CARA CUCI KERANG DENGAN PETUA BERKESAN!

cara cuci kerang

Gambar: Shamsiah Mohamad.

Dalam perkongsiannya, Shamsiah menunjukkan cara membersihkan lumpur dalam perut kerang hanya menggunakan dua bahan dapur yang mudah didapati iaitu garam dan cili kering.

“Hari ini saya nak berkongsi petua untuk membersihkan lumpur-lumpur dalam perut kerang,” tulisnya dalam hantaran yang mendapat perhatian ramai.

Bahan-bahan dan langkah:

  • Segenggam garam
  • Beberapa tangkai cili kering
  1. Rendamkan kerang bersama garam dan cili kering selama 30 minit.

Baca juga: Ini Cara Mudah Bersihkan Siput Sedut, Hanya Guna Hampas Kelapa

Baca juga: Duit Gaji Dah Nazak? Ini 21 Menu Hujung Bulan Yang Confirm Kenyang & Sedap!

cara cuci kerang

Gambar hiasan: Google

Menurutnya, selepas direndam, kerang-kerang tersebut akan “berlumba-lumba” memuntahkan lumpur dan kotoran dari dalam perut mereka secara semula jadi.

Proses ini bukan sahaja membersihkan isi kerang, malah turut mengurangkan bau hanyir yang biasanya melekat pada kerang mentah.

“Pastikan kerang yang dibeli masih segar seperti yang masih hidup. Selamat mencuba,” pesannya lagi.

Jadi buat anda yang sering memasak kerang dan mahu menjimatkan masa serta memastikan kebersihannya, bolehlah cuba petua cara cuci kerang ini. Hanya dengan garam dan cili kering, dapur anda bakal menyajikan hidangan kerang yang bersih, lazat dan memikat selera.

Baca juga: Rahsia & Resipi Ikan Masak Cuka Bertambah Pinggan, Ini Pesanan Arwah Mak…

Sumber: Shamsiah Mohamad

FT Image: Shamsiah Mohamad / Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×