Euforia Bola 2026
Dapur

Akhirnya Jumpa Juga Cara Buat Tepung ‘Gluten Free’, Ini Nisbah Adunan Wajib Ikut!

tepung gluten free

Penggunaan jenis tepung gluten free untuk anda yang sangat menitikberatkan isu kesihatan adalah menjadi kemestian. Hal ini kerana, jika anda merupakan penghidap penyakit anxiety atau gastrik, mengambil makanan yang ada gluten boleh menyebabkan perut kembung.

Oleh itu, jika agar sukar buat anda untuk mencari tepung yang tidak mempunyai gluten, berikut merupakan cara untuk membuat tepung gluten free dengan sendiri di rumah. Boleh cuba supaya tidak perlu tercari-cari lagi di kedai!

Baca juga: Resepi Kuih Apam Gula Hangus Segebu Kapas, Ada Teknik Supaya Berongga Elok!

CARA BUAT TEPUNG GLUTEN FREE SENDIRI

tepung gluten free

*7:2:1 ialah nisbah untuk hasilkan tepung gluten free.

Bahan-bahan: 

-700 gram tepung beras

-200 gram tepung ubi kayu

-50 gram tepung jagung

-50 gram tepung kentang

Bancuhan banyak

-7 kg tepung beras

-2 kg tepung ubi kayu

-500 gram tepung jagung

-500 gram tepung kentang

Cara-caranya:

1.Ayak tepung selama 3 atau 5 kali. Ini ialah bancuhan untuk pisang goreng, cucur pisang, brownies chocolate, cheesecake.

2.Cuma untuk kek butter, boleh tambahkan sedikit Psyllium husk atau Xanthan gum sebagai pengikat kepada tepung.

Ini ialah perkara baharu atau bidaah hasanah dalam bab pemakanan sebab ianya adalah method yang dicipta pada kurun ini bagi mengelakkan masalah alergi terhadap gandum. Ianya diilhamkan Allah untuk sesuaikan dengan keperluan uruf zaman sekarang kerana ramai manusia allergi terhadap gluten dalam gandum.

Kalau nak ikut manhaj salaf boleh terus guna tepung barli. Cuma isunya ialah banyak menu yang menggunakan tepung barli agak susah nak digunakan. Sebab ianya tiada pengikat dan rasanya ramai orang tak sesuai. Saya beli tepung barli itu sebab buat air thalbina, iaitu tepung barli+susu+madu.

tepung gluten free

*Tepung gluten free ini boleh digunakan untuk anda yang ingin amalkan gaya hidup sihat! Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Siang & Masak Pucuk Ubi Kayu Supaya Tak Berangin Perut, Makan Pun Tak Liat!

Sumber: Abu Hannah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×