Seafood atau makanan laut yang bergoreng memang mudah dan cepat untuk disediakan kerana tidak memerlukan banyak bahan. Kalau nak tahu, terdapat pelbagai cara untuk mengubah rasa ikan dan makanan laut yang digoreng menjadi satu hidangan yang lazat.
Jika anda suka makanan laut (seafood) yang digoreng, kebiasaannya ia akan disalut dengan tepung gandum atau serbaguna. Menurut The Spruce Eats, terdapat sekurang-kurangnya empat jenis tepung yang boleh digunakan untuk menggoreng ikan dan makanan laut.
Baca juga: Resipi MI SEJUK Korea, Kemain Orang Sana ‘Slurp’ Masa Musim Panas Sedap Sangat Rupanya!
MAKANAN LAUT GORENG LEBIH RANGUP DENGAN 4 TEPUNG INI

Gambar: SHUTTERSTOCK/BAIBAZ
1. Tepung gandum
Terdapat pelbagai jenis tepung yang diperbuat daripada gandum. Ada yang dipanggil tepung semolina dan terigu atau tepung serbaguna, sehinggalah tepung gandum yang digiling dengan batu.
Semolina diperbuat daripada pelbagai jenis gandum, tetapi teksturnya tidak halus seperti tepung serbaguna.
Cuba gantikan tepung serbaguna dengan tepung semolina atau tepung gandum yang digiling dengan batu. Dengan menggunakan tepung ini, menjadikan ikan goreng dan makanan laut mempunyai tekstur yang rangup, tetapi tidak keras.
2. Tepung beras

Gambar: SHUTTERSTOCK/HANDMADEPICTURES
Tepung beras diperbuat daripada beras putih dan beras perang. Tepung ini biasanya digunakan dalam hidangan masakan Asia, terutamanya di Asia Tenggara, Jepun dan selatan India.
Tekstur tepung beras lebih ringan daripada tepung serba guna dan menjadikan ikan goreng atau makanan laut lebih rangup. Jenis ini amatlah sesuai untuk adunan tempura.
Disebabkan ia hanya diperbuat daripada beras, tepung ini bebas gluten yang membolehkan ia dikonsumi oleh individu yang sedang diet gluten.
Baca juga: Resipi SAMBAL CUKA Tahan Lama, Sedap Menjilat Jari Bila Makan Dengan Nasi Ayam!
Baca juga: Senang Je Nak Pilih IKAN SEGAR, Bila Ingat 7 Tips Ini Tengok Dari Jauh Pun Dah Tahu!
3. Tepung kacang kuda

Gambar: SHUTTERSTOCK/HANDMADEPICTURES
Tepung gram atau tepung kacang kuda (chickpea) banyak ditemui di India dan kawasan Mediterranean. Ikan dan makanan laut yang digoreng menggunakan tepung gram akan rasa lebih sedap.
Selain itu, tepung ini mengandungi pelbagai nutrien dan bebas gluten. Ia juga mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang lebih rendah daripada tepung serba guna.
Oleh kerana tepung gram mempunyai tekstur yang padat, cuba campurkan adunan tepung dengan soda supaya teksturnya menjadi ringan. Campuran ini sesuai untuk ikan goreng dan makanan laut.
Menariknya anda juga boleh buat tepung gram boleh dihasilkan sendiri di rumah. Cara-caranya:
- Hanya masukkan kacang kuda di dalam pemproses makanan atau pengisar kopi.
- Gaul sehingga membentuk tepung.
4. Tepung dari biji rai dan barli

Gambar: SHUTTERSTOCK/FOTOFAIRY777
Selanjutnya, terdapat tepung yang diperbuat daripada rai dan barli. Kedua-duanya adalah benih yang berasal dari keluarga gandum.
Tepung ini akan menghasilkan hidangan dengan rasa yang lebih kaya dan penuh di mulut, menjadikannya sesuai untuk ikan berminyak seperti haring, bluefish, jack dan mackerel.
Ikan berminyak bermaksud ikan tersebut mengandungi minyak dalam tisu dan rongga perut di sekeliling usus.
Selain itu, tepung biji rai dan barli biasanya digunakan dalam masakan Scotland, Jerman, dan Scandinavia.
Kesimpulan
Baiklah, itu sahaja empat jenis tepung yang sesuai digunakan untuk menggoreng ikan dan makanan laut lain bagi mendapatkan teksturnya yang lebih rangup dan sempurna sedapnya.
Lidah pun tak bosan menikmatinya! Selain itu, individu yang berdiet masih juga boleh menikmati makanan bergoreng tanpa perlu risaukan gluten.
Baca juga: Guna Nanas Untuk Lembutkan ‘Mutton Shoulder’ Daging Biri-Biri Tua, Rasa Kekal Enak!
Sumber: Kompas
FT Image: SHUTTERSTOCK/BAIBAZ / stockking
