Euforia Bola 2026
Didik

Malang Memang Tak Berbau, Tapi Ada Teknik Paling Berkesan Elak Kemalangan Motor!

cara bawa motor

Biarpun cara bawa motor sudah berhemah, tetapi kemalangan melibatkan penunggang motosikal boleh sahaja berlaku kerana malang memang tidak berbau. Namun, penunggang dua roda ini boleh menyediakan payung sebelum hujan dengan mencuba satu teknik ringkas yang dikatakan boleh menyelamatkan nyawa.

Melalui page Cahaya Diatas Tar di laman Facebook, teknik yang dinamakan sebagai Defensive Riding antara yang paling berkesan untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian berdarah. Ikuti penjelasan di bawah!

Baca juga: Gaji RM1.7K Boleh Bersara Dengan Simpanan 1 Juta, Jika Lakukan Tips Dari KWSP Ini!

CARA BAWA MOTOR

cara bawa motor

Gambar hiasan: Cahaya Diatas Tar

CARA ELAK TERLIBAT Dalam Kemalangan – Teknik Paling Berkesan!

Ramai orang ingat bawa motor perlahan itu dah cukup untuk elak kemalangan. Tapi sebenarnya, ada satu teknik penting yang ramai tak buat dan ini antara yang paling berkesan.

Namanya, ‘Defensive Riding’. Apa maksudnya?

Baca juga: 51 Alasan Papa Mama Boleh Bagi Bila Anak Tak Hadir Sekolah, Mudah Guru Nak Isi Dalam Sistem!

1. Anggap semua pengguna jalan tak nampak kita

  • Jangan mengandaikan orang nampak kita
  • Masa masuk simpang, potong atau berhenti, buat macam kita tidak kelihatan
  • Bila kita anggap orang tak nampak, kita akan lebih berjaga-jaga

2. Sentiasa ada ‘Exit Plan’

  • Masa ride, tengok depan dan kiri kanan. Kalau ada kereta main brek atau motosikal tiba-tiba keluar simpang, dekat mana kita nak lari?
  • Exit plan ini penting untuk elak panik saat-saat akhir

3. Jangan masuk ‘Blind Spot’

  • Terutama bila ride sebelah lori atau kereta
  • Kalau kita tak nampak side mirror dia, maknanya dia pun tak nampak kita

4. ‘Brake Finger’ sentiasa sedia

  • Jangan tunggu emergency baru nak cari brek.
  • Satu atau dua jari dekat brek depan sentiasa ready, ini boleh jimat 0.5 saat reaction time.

5. Mata sentiasa bergerak – scan 360°

  • Jangan tengok tayar depan sahaja. Mata kena aktif scan sekeliling: Jalan, lubang, orang lintas, kenderaan tiba-tiba perlahan

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5

Kesimpulan

Motor tak macam kereta. Kita terdedah.

Jadi, cara paling berkesan elak kemalangan bukan tunggu orang hati-hati, tapi kita sendiri kena bawa dengan mindset ‘defensive’.

Teknik ini ringkas, tapi boleh selamatkan nyawa.

Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’

Sumber: Cahaya Diatas Tar

FT Image: Pandu Laju

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×